Judika Bakal Temui Peminatnya Di Malaysia, Bulan Mac Ini

Judika Set To Meet His Malaysian Fans in March
Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, dan Sony Music Entertainment Malaysia mengumumkan satu siri jelajah promosi bersama Judika bagi tahun 2017, di Kuala Lumpur, satu acara yang tidak harus dilepaskan pada bulan Mac 2017.

Penyanyi yang dinobatkan sebagai ‘Penyanyi Solo Pria Terdahsyat’ di majlis anugerah Dahsyatnya Awards 2016 dan ‘Penyanyi Solo Pria Paling Ngetop’ di SCTV Music Awards akan menemui peminat beliau tidak lama lagi dalam satu siri jelajah promosi khas bermula 1 Mac sehingga 3 Mac 2017 di Kuala Lumpur, dibawakan secara eksklusif oleh HyppTV.





Judika merupakan antara penanyi solo lelaki terbaik di Indonesia dengan suara seraknya yang unik dan tersendiri. Single hit beliau Aku Yang Tersakiti, Bukan Aku Tapi Dia dan Setengah Mati Merindu turut mengungguli carta-carta di stesen-stesen radio di Malaysia.

Judika memulakan kerjaya nyanyian beliau apabila mula menyertai program “Indonesia Idol” musim ke-2. Setelah berjaya mengatasi beribu peserta lain dari seluruh Indonesia, Judika telah tersenarai sebagai 10 peserta terbaik.

Pada peringkat finale program nyanyian tersebut, beliau telah berjaya mendapat tempat ke-dua dan sejak itu, beliau terus mengukuhkan kedudukan beliau di dalam industri hiburan.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan teruskan bersama kami untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai promo siri jelajah Judika di Kuala Lumpur.

Layari www.facebook.com/syokmuzik dan www.tm.com.my/hypptv untuk maklumat terkini. Nantikan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments