Sandar Padaku – Aliff Aziz feat Mira Filzah

Sandar Padaku - Aliff Aziz Mira FilzahAliff Aziz muncul dengan single terbaru berjudul ‘Sandar Padaku’ yang turut menampilkan pelakon baru berbakat besar Mira Filzah.

Penghibur serba boleh yang pernah popular dengan lagu ‘Jangan Ganggu Pacarku’ dengan tontonan melebihi 2 juta di laman YouTube ini sekali lagi mencuri hati peminatnya menerusi lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer disegani Panji Sakti.

‘Sandar Padaku’ merupakan lagu tema drama bersiri 20 episod Meh, Sandar Pada Aku yang baru sahaja dilancarkan di Tonton dan akan turut disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Lirik dan melodinya dihasilkan bersesuaian dengan jalan cerita adaptasi dari novel terlaris karya penulis Aifa Batrisya.





Penceritaan lagu ini berkisar tentang kisah cinta di antara dua anak muda yang masing-masing memendam perasaan tetapi malu untuk meluahkannya serta diselubungi sifat ego.

Akhirnya mereka akur dengan kata hati dan mula membuka ruang untuk menerima kenyataan.

Sandar Padaku - Aliff Aziz feat Mira Filzah

Single ini hampir sama dengan kisah percintaan saya dengan isteri saya, Bella. Pada mula-mula kenal kami malu dan susah untuk luahkan perasaan masing-masing tetapi memang dah dikatakan jodoh akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri.

Kehidupan saya kini lebih sempurna dan segalanya lebih teratur,” ujar Aliff Aziz.

Menerusi lirik yang ringkas dengan melodi yang bersahaja, pihak Sony Music Malaysia yakin bahawa single ini mampu menarik perhatian setiap lapisan penggemar muzik Malaysia dan bakal menjadi siulan.

Menurut Mira Filzah pula, dia sangat teruja dengan pembikinan single terbaru ini.

Saya sangat berpuas hati dengan terhasilnya single ini kerana mana yang mengikuti saya di Instagram tahu saya gemar menyanyi dan ini merupakan titik permulaan bagi sesuatu yang baru.

Walaupun baik kata yang saya sampaikan hanya minima, namun saya berharap peminat di luar sana akan terhibur dengan dendangan yang saya sampaikan

‘Sandarkan Padaku’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Jangan lupa untuk mendengar gandingan mantap Aliff Aziz dan Mira Filzah dalam Lagu ‘Sandarkan Padaku’ ilham sepenuhnya oleh Panji Sakti di Tonton dan saluran radio tempatan anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments