Shiha Zikir Meniti Populariti Dengan Single “Seperti Novel Cinta”

Seperti Novel Cinta Shiha Zikir
Shiha Zikir, bukanlah satu nama baru dalam industri seni tanah air. Mula mengorak langkah ingin menyanyi di usia seawal belasan tahun.

Shiha yang juga pernah mendapat tempat kedua untuk program Mentor 5 telah mengukir kejayaan di negara seberang dalam pertandingan D’Academy Asia anjuran Indosiar Disember tahun lalu, nama Shiha semakin meniti popularitinya.

Ini terbukti setelah usai acara DAA, namanya sering dipanggil kembali ke bumi Jakarta bagi melunaskan acara-acara besar seperti Konsert Ulangtahun Indosiar, Infotainment Award SCTV, Konsert Final Putri Muslimah, Konsert Q’Academy dan lain-lain.





Yang paling mencipta sejarah, single Seperti Novel Cinta telah juga dilancarkan di negara Indonesia pada 13 Mei, 2016 dengan kerjasama Warner Music Indonesia (WMI) dan juga Warner Music Malaysia (WMM).

Maka luncurlah secara rasmi lagu ini dan diterima baik oleh stesen-stesen radio RRI dan juga stesen-stesen televisiyen di sekitar Jakarta.

Seperti Novel Cinta merupakan sebuah lagu dan lirik yang diciptakan oleh Ajai. Rakaman lagu ini telahpun dilakukan sebelum pihak WTB dan Shiha bersetuju menghantarnya ke pertandingan DAA.

Maka rancangan meluncurkan single ini ditunda sementara. Mencari ‘angle’ dan waktu yang sesuai.

Ternyata, penantian itu mendapat balasan yang setimpal. Puncak kemenangan Shiha di DAA menjadi loncatan untuk single ini menembusi halwa telinga pendengar Malaysia.

Diedarkan ke stesen-stesen radio seawal pertengahan Februari yang lalu.

Ternyata, hari ini lagu ini sudah menjadi siulan ramai dan juga dapat sampai ke peringkat semi final MUZIK-MUZIK November 2016 yang lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments