“Cuma Kamu” ~ Lagu Terbaru Ila Damiaa Bakal Gegarkan Industri Muzik

Ila Damiaa Bakal Gegarkan Industri Muzik
Ila Damiaa yang terkenal dengan rentak Kontemporari R&B kini kembali lagi dengan lagu terbaru berjudul “Cuma Kamu”.

Beliau yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun lalu berkongsi perasaannya melalui lagu ini di mana ianya mengisahkan tentang cinta dan kesetiaan hubungan sepasang kekasih.

Saya telah bekerja keras untuk lagu ini dan saya amat teruja untuk berkongsi ‘Cuma Kamu’ dengan peminat saya”, kata penyanyi yang mempunyai suara serak-serak basah ini ketika ditanyakan tentang perasaannya mengenai perkara ini.

“Cuma Kamu” adalah hasil kerjasama antara Malaysia dan Indonesia di mana Ila telah berkolaborasi dengan tenaga kerja yang pernah menghasilkan banyak lagu-lagu hebat untuk salah satu penyanyi terunggul Indonesia, Raisa Andriana, seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon yang banyak memenangi anugerah.





Penerbit dan Pengadun Muzik bagi lagu ini iaitu Ari Aru Renaldi merupakan penerbit muzik yang tersohor di Indonesia.

Ari telah memenangi beberapa anugerah berprestij dari Anugerah Musik Indonesia (AMI) dan Anugerah Planet Muzik dan dia juga pernah bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Dato’ Rossa, Ungu, Mocca, Tulus, Afgan dan ramai lagi.

Selain daripada itu, susunan lagu itu juga telah digubah oleh salah seorang komposer terkenal di Indonesia iaitu Sindhu Bharata yang telah banyak menulis lirik lagu bagi nama-nama besar seperti Afgan, Vidi Aldiano, Petra Sihombing dan XO-IX.

Peminat boleh mendapatkan lagu “Cuma Kamu” menerusi iTunes dan juga semua aplikasi streaming muzik bermula 31 Mac 2017 dan ia dijangka akan membuatkan semua peminat jatuh cinta pada rentak dan iramanya.

Lirik Lagu “Cuma Kamu” – Ila Damiaa

VERSE 1 :
Sekeras apapun hidup
Asal kau disini di sampingku
Semuanya pasti dapat aku lewati

Sejauh apapun itu
Asal kau disana menantiku
Semuanya pasti dapat kutempuh

PRE-CHORUS :
Aku wanita biasa
Yang kau buat luar biasa
Dengan cintamu
Apakah kau tahu

REFF :
Cintamu begitu, mengubah hidupku, apakah kau tahu
Dan apakah kau sedar, kalau aku
Hanya ingin terus bersamamu

Cintamu begitu, membekas di hatiku, harusnya kau tahu
Takkan ada yang lain
Cuma kamu, cuma kamu yang boleh tinggal
Di hatiku

VERSE 2 :
Isi doaku cuma satu
Agar kau yang jadi cinta terakhir
Yang lain aku sudah tak peduli

PRE-CHORUS :
Aku wanita biasa
Yang kau buat luar biasa
Dengan cintamu
Aku ingin kau tahu

REFF

BRIDGE :
Karna bersamamu aku takkan kehilangan arah
Karena, Kaulah arahku

REFF

Di hatiku
Di hatiku
Cuma kamu yang boleh tinggal
Dihatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments