‘Jangan Menangis’ Single Terbaru Aizat Amdan

Jangan Menangis Aizat AmdanAizat Amdan kini tampil dengan single terbaru yang berjudul ‘Jangan Menangis’ yang merupakan sebuah lagu hasil ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan dan Aizat sendiri.

Lagu yang mengisahkan bagaimana seseorang mengharungi cabaran dan dugaan yang bakal mendatang saban hari dengan tabah dan kuat tanpa kenal erti kesedihan.

Konsep serta penceritaan lagu ini juga bersifat universal kerana kesedihan boleh berlaku kepada setiap invidividu bergantung kepada situasi yang mereka hadapi.

‘Jangan Menangis’ juga memberi satu peringatan kepada setiap individu betapa pentingnya untuk mengambil tanggungjawab dan tindakan apabila berhadapan dengan situasi yang sukar.

Buat pertama kalinya lagu ‘Jangan Menangis’ ini menggabungkan kerjasama antara dua buah syarikat rakaman iaitu dari Warner Music (M) dan Faithful Music, kerana sebelum ini kita sudah sedia maklum bahawa kesemua lagu dan album Aizat adalah keluaran Kasi Gegar Entertainment (KGE).





Namun lagu ‘Jangan Menangis’ ini membawa satu kelainan dimana telah membuka ruang kepada Warner Music (M), Faithful Music dan Kasi Gegar Entertainment untuk bekerjasama dalam penghasilan dan pemasarannya.

Tercetusnya inspirasi untuk menghasilkan lagu ini datangnya dari pengalaman Aizat ketika beliau bersama-sama Faizal Tahir, Noh Hujan dan Muadzulkefly menyertai ekspedisi 1Moment4them pada tahun 2013.

Ekspedisi ini adalah sebuah pengembaraan gerakan 1Moment4them untuk membantu rakyat bumi Syria yang sedang menghadapi peperangan sivil.

Bertitik tolak dari situ maka terciptanya lagu ‘Jangan Menangis’ kerana ia simbolik dan menepati tema ‘kemanusiaan ’ kerana mesej yang cuba disampaikan begitu luas dan universal. Tajuk lagu ini juga begitu ‘straighforward’ kerana mudah untuk ia difahami dan menepati lagu.

Harapan Aizat adalah ‘menjadikan lagu ini sebagai sesuatu yang dapat memberi ketenangan kepada pendengar justeru dapat meneruskan kehidupan seharian mereka dengan tabah walaupun ditimpa kesusahan.

Khas buat peminat Aizat Amdan, lagu ‘Jangan Menangis’ edaran Warner Music (M) Sdn Bhd ini boleh dimuat turun di semua platform digital mulai 10hb Mac 2017.

Muat Turun : Jangan Menangis – Aizat Amdan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments