‘Kimchi Untuk Awak’ Gandingan Pertama Aiman Hakim dan Emma Maembong di Layar Perak

Kimchi Untuk Awak - Tampil Aiman Hakim dan Emma Maembong
Kimchi Untuk Awak merupakan filem pertama arahan Michael Ang di layar perak yang menampilkan gandingan julung kali pasangan Aiman Hakim dan Emma Maembong bagi karya filem.

Filem romantik terbaru terbitan Astro Shaw bersama Darkwave Pictures, yang berlatar belakang Seoul, Korea dan Malaysia ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 30 Mac ini.





Kimchi Untuk Awak
Jalan cerita yang diadaptasi dari novel karya novalis Suri Ryana turut digerakkan dengan watak-watak yang dibintangi oleh pelakon popular Janna Nick, Sharifah Sakinah, Dira Abu Zahar, Ungku Haris, Normah Damanhuri, Natasha Elyzza, Mandy Chong dan Annuar Chew.

Sinopsis Filem Kimchi Untuk Awak

Kimchi Untuk Awak
Kisah Kimchi Untuk Awak bermula dengan pertemuan Bella (Emma Maembong) dengan lelaki sombong berdarah campuran Melayu Korea, Danial Lee (Aiman Hakim) berlaku secara tidak disengajakan di Lapangan Terbang Incheon dan telah menimbulkan rasa benci di antara mereka.

Malah, insiden pertembungan itu terus bersambung apabila takdir sentiasa menemukan Bella & Danial Lee.

Sepanjang perkenalan mereka, perasaan Bella yang awalnya benci perlahan-lahan bertukar menjadi cinta. Sementara itu, Danial tidak pasti adakah perasaannya pada Bella adalah tulus atau sekadar mengingatkan pada kekasih lamanya.

Nantikan filem Kimchi Untuk Awak yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh negara, mulai 30 Mac 2017.

Sila layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube Astro Shaw untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan hashtag #KimchiUntukAwak #DaeakKUA #KUA.

Kimchi Untuk Awak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments