Kirstie Maximus Cabar Diri Hasilkan Lagu Bahasa Melayu

Kirstie Maximus Hasilkan Lagu Bahasa MelayuKirstie Maximus sanggup menghadapi berbagai rintangan dalam usahanya untuk mengeluarkan lagu Melayu terunggulnya berjudul “Kembali X.”

Lagu ini, yang diilhamakan oleh keindahan Bahasa Melayu, dapat didapati dalam bentuk digital sejak 24 March 2017.

Lagu ini mengabungkan ciri-ciri lagu Melayu asli dan moden.

Setelah lama saya menceburkan diri dalam dunia lagu pop/urban Bahasa Inggeris, saya ingin mencabar diri saya untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu lagu Bahasa Melayu,” kata beliau sambil memberi keterangan atas keputusannya untuk menceburkan diri dalam dunia lagu Melayu.

“Kembali X” memaparkan vocal Kirstie bersama Evelyn Feroza menceritakan liku-liku megekalkan hubungan jarak jauh.

DI sidang media yang dianjungi di LeNoir, TREC Kuala Lumpur, pihak media serta tetamu diberi peluang untuk menonton pelancaran video muzik “Kembali X”.





Kirstie Maximus Cabar Diri Hasilkan Lagu Bahasa Melayu
Lagu ini menceritakan hubungan kekasih yang mengalami kehampaan yang memutuskan hubungan mereka. Akan tetapi, selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali. Kesudahan cerita dibiarkan begitu sahaja supaya para pendengar dapat membuat kesimpulan sendiri.

Kirstie Maximus telah lama menceburkan diri dalam dunia muzik sebagai seorang penyanyi, penyanyi rap, DJ dan penerbit muzik yang handal.

Setelah kian lama, dikenali sebagai DJ fesyen wanita terkenal di kelab-kelab Kuala Lumpur dan London, Kirstie berhasrat ingin terus bekerja keras untuk berjaya memperkenalkan dirinya bukan sahaja sebagai seorang DJ tetapi juga sebagai seorang penyanyi dan artis ternama.

Sehingga hari ini, beliau telah mengeluarkan lagu -lagu seperti “Rockabye X” dan “Alright X”.

Video “Kembali X” telah diarahkan oleh adik Kirstie dan penyanyi, Cassey Maximus dan digambarkan serta disunting oleh Azlan Osman dari Panomatics. Ianya juga menampilkan guitaris terkenal, Alex Hutchings serta artis-artis lain.

Lagu “Kembali X” boleh didapati melalui Spotify dan iTunes.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments