Drama ‘Meh, Sandar Pada Aku’ Lakonan Mira Filzah & Aliff Aziz

Drama Meh, Sandar Pada AkuDrama terbaharu TV3 dalam slot Dahlia, adaptasi novel Meh, Sandar Pada Aku! yang telah mula bersiaran sejak 26 Februari, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

Meh, Sandar Pada Aku adalah drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Production Sdn Bhd di bawah arahan saudara Emi Suffian dengan membariskan pelakon – pelakon popular seperti Aliff Aziz, Mira Filzah, Redza Rosli, Aishah Ilias, Jaja Illiyes DFKL, Raja Ema, Azri Iskandar, Fiza Halim, Badrul Muhayat dan Nada Syuhada.

Afnan Tasneem (Mira Filzah) menjalankan praktikal di bawah seliaan Dr. Syed Nadzhan (Aliff Aziz) yang dianggap sebagai seorang doktor yang amat garang dalam kalangan rakan sekerjanya. Syed Nadzhan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu telah menganggap bahawa kaum wanita amat menyusahkan.

Penerimaan Afnan Tasneem sebagai pelajar praktikal oleh Syed Nadzhan turut mengejutkan sepupunya, Mastura (Aishah Ilias) yang bekerja di situ kerana Syed Nadzhan tidak pernah menerima calon perempuan sebelum ini.
Drama Meh, Sandar Pada Aku
Seperti jangkaan ramai, tempoh praktikal Afnan Tasneem sangat sukar dan mencabar. Syed Nadzhan bukan sahaja memberi pelbagai arahan kepadanya malah Tasneem juga tidak diberikan tunjuk ajar. Tasneem akan dimarahi dengan teruk walaupun kesilapan yang kecil dan tidak disengajakan.

Drama’ antara mereka berdua berlanjutan apabila ibu Afnan Tasneem iaitu Farah Diba (Fiza Halim) berkahwin dengan ayah Syed Nadzhan, Syed Irham (Badrul Muhayat). Sejak itu, Tasneem dan Nazhan sering bertengkar dan saling menyakat di rumah dan tempat kerja. Tasneem sering mengadu tentang Syed Nadzhan kepada rakannya, Adam Naufal (Redza Rosli).

Tasneem sedih apabila terpaksa berpisah dengan ibunya yang akan mengikut Syed Irham ke Jepun selama tiga minggu atas urusan kerja. Sebelum berlepas ke Jepun, Syed Irham telah memberi amanah kepada Nadzhan untuk sentiasa menjaga dan melindungi Tasneem.

Malangnya, Syed Irham dan Farah Diba terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Jepun. Selepas pengembumian mereka, Nadzhan telah mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya aturan dengan Aleesya (Jaja Illiyes DFKL) dan menyuarakan hajatnya untuk berkahwin dengan Tasneem. Semua terkejut dengan pengumuman Nadzhan terutamanya Aleesya yang obses dan dahagakan cinta Nadzhan sejak kecil.





Apakah kesudahan kisah Syed Nadzhan dan Afnan Tasneem? Adakah mereka akan berkahwin? Apakah pula perasaan Aleesya yang tergila-gilakan Syed Nadzhan? Jangan ketinggalan untuk saksikan drama Meh, Sandar Pada Aku pada setiap hari Jumaat hingga Ahad pada pukul 6.58 petang dalam slot Dahlia, TV3.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my sebelum siaran di TV3 melalui langganan pakej tonton VIP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments