Zulin Aziz Kini Tampil Dengan Single Pertamanya ‘Terbiar’

Zulin Aziz Tampil Dengan Single Pertamanya 'Terbiar'
Zulin Aziz kini mula mengorak langkah sebagai penyanyo dan bakal muncul dengan single sulungnya berjudul Terbiar yang akan dilancarkan pada 8 Mac ini.

Beliau yang juga merupakan pengacara dan penyampai radio Suria Fm, mengambil masa setahun untuk mencari identiti suara sebenar bagi merakam single pertamanya ini.

Seperti ramai yang sudah sedia maklum beliau memiliki suara yang merdu apabila beliau telah memuat naik video nyanyiannya di laman sosial Instagram dengan mendapat sambutan diluar dugaan.

“Terbiar” merupakan hasil ciptaan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar dengan membawa genre bossa balada.


A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Khas buat peminat Zulin Aziz, lagu ‘Terbiar’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform iTunes, Apple Music, Spotidy, JOOX, Yonder dan KKBox.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments