5 Lokasi #JelajahMuzikSafiBalqis – Kolaborasi Safi Balqis bersama Sony Music

Jelajah Muzik Safi Balqis
Safi Balqis bersama Sony Music Malaysia bakal berkolaborasi mengadakan siri jelajah menggunakan #JelajahMuzikSafiBalqis.

Jelajah yang bakal diadakan di beberapa negeri sekitar Semenanjung Malaysia itu bertujuan memberi peluang kepada pengguna untuk bertemu dan beramah-mesra dengan artis kegemaran mereka secara lebih dekat serta memperdekatkan lagi jenama tersebut di hati pengguna.

Beberapa artis terkenal tempatan dan personaliti media sosial juga akan turut serta menghangatkan lagi kempen ini termasuklah Aliff Aziz, Altimet, Ary Hadre, Farisha Irish, Fiqri Jelani, Haqiem Rusli, Helloluqman, Ifa Raziah, Insomniacks, Persis, Projector Band, Shamim, Tajul, dan Wani.

Dengan menggunakan media sosial sebagai platform utama, jelajah ini bertujuan untuk mendekati terutamanya golongan muda di luar Lembah Klang untuk berhibur sambil mengenali rangkaian produk Safi Balqis dengan lebih lanjut.

Tidak dinafikan, jenama kecantikan nombor satu halal di Malaysia itu yang cukup dipercayai kualitinya menjadi kegemaran golongan muda masa kini.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman, di samping berhibur, peminat juga boleh mendapatkan pelbagai produk kecantikan yang terdapat di gerai khas Safi Balqis di lokasi jelajah itu nanti selain kedai-kedai terpilih di seluruh negara.

SAFI juga baru tampil dengan sebuah iklan TV komersial bagi mempromosikan produk Safi Balqis OxyWhite, iaitu generasi produk ke-enam mereka sejak dilancarkan pada tahun 2000.

Bagi menyemarakkan lagi iklan komersial berkenaan, sebuah single baharu berjudul “Tak Malu” nyanyian penyanyi baharu di bawah naungan Sony Music Malaysia, Farisha Irish turut dijadikan lagu temanya.

Jelejah ini adalah peluang terbaik bagi mereka di luar sana untuk menonjolkan bakat nyanyian mereka dan berpeluang untuk berkongsi pengalaman menyeronokkan itu dengan artis kegemaran.

Peserta hanya perlu membeli produk Safi Balqis sebagai bukti penyertaan. Sila layari laman web mikro Safi Balqis untuk maklumat lanjut.

Seramai 30 pemenang dari 3 lokasi yang dipilih sekali gus berpeluang untuk bersinar seperti bintang dan menyanyi bersama penyanyi yang terbabit. Peluang itu tentunya bakal membuka pintu untuk mereka melebarkan sayap dalam bidang nyanyian selain berkenalan lebih rapat dengan setiap artis.

Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik lain juga bakal menanti semua yang hadir di setiap lokasi jelajah itu nanti. Ia termasuklah persembahan artis, cabutan bertuah, dan sesi autograf serta sesi mengambil gambar.

Lima lokasi yang terbabit untuk siri jelajah itu termasuklah ;-

  • Mydin Pulau Sebang, Melaka (16 April)
  • Universiti Utara Malaysia, Kedah (19 April)
  • Kompleks Beli-Belah Bukit Jambul, Pulau Pinang (23 April)
  • Universiti Putra Malaysia, Serdang (29 April)
  • Mydin Senawang, Seremban (7 Mei).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments