Diana Danielle Tampil Dengan Single Terbaru ‘Tentang Kita’

Diana Danielle Tentang KitaDiana Danielle telah melancarkan single terbaru berjudul ‘Tentang Kita’ yang telah dicipta oleh Dj Fuzz dan liriknya pula ditulis oleh Alabbas dan Muariffah

Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainannya yang tersendiri serta melodinya mudah diingati.

Sekali dengar pasti pencinta muzik tanahair sudah boleh bersiul atau melagukan melodi tersebut.

Lagu ini mengisahkan tentang cinta serorang gadis yang merindui kekasih hati yang jauh.

Sering merindui akan detik-detik manis apabila bersama.

Manakala, liriknya pula amat mudah difahami serta sulaman melodi yang segar, bersesuaian dengan aliran muzik semasa.

Genre muzik raggae pula menjadi pilihan Diana, kerana ia lebih rileks dan menepati citarasa beliau.

Kini, teristimewa untuk semua peminat Diana Danielle, nantikan, muzik video ‘Tentang Kita’ arahan Dick Wai di mana muzik video berkonsepkan “ala bohemian” dan penggambaran tersebut mengambil masa hanya 1 hari sahaja yang bertempat di Sepang.





Muzik video yang berdurasi lebih kurang 3.35 minit itu memaparkan karakter Diana yang manja dan menceritakan pengembaraan beliau yang merindui detik manis bersama kekasih hati.

Pihak Warner Music Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Neway Karaoke Box Malaysia atas tajaan lokasi, Media Hiburan sebagai media rasmi dan kerjasama dengan pihak Media Hiburan & Budiey yang telah menjalankan pertandingan bagi sesi ‘Meet And Greet’.

Khas buat peminat Diana Danielle, lagu ‘Tentang Kita’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun disemua digital platform iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.

Untuk pautan selanjutnya bagi digital platform ‘Tentang Kita’: https://wmm.lnk.to/tentangkita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments