Ila Damiaa Teruja Berkongsi ‘Cuma Kamu’ Dengan Peminat

Ila Damiaa - Cuma KamuIla Damiaa berasa amat teruja bila dapat berkongsi hasil kerja keras beliau dalam menghasilkan single terbarunya ‘Cuma Kamu’ dengan peminat.

Beliau baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu berasa amat bersyukur kerana suaminya memberi keizinan dan sokongan untuknya kembali merancakkan karier seni.

Walaupun terpaksa berulang-alik dari Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam industri seni.

‘Cuma Kamu’ turut menjadi lagu tema drama Mama Tere yang disiarkan di TV3 merupakan hasil kerjasama antara Malaysia dan Indonesia.

Di mana Ila telah berkolaborasi dengan tenaga kerja yang pernah menghasilkan banyak lagu-lagu hebat untuk salah satu penyanyi terunggul Indonesia, Raisa Andriana, seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon yang banyak memenangi anugerah.





Penerbit dan Pengadun Muzik bagi lagu ini iaitu Ari Aru Renaldi merupakan penerbit muzik yang tersohor di Indonesia.

Ari telah memenangi beberapa anugerah berprestij dari Anugerah Musik Indonesia (AMI) dan Anugerah Planet Muzik dan dia juga pernah bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Dato’ Rossa, Ungu, Mocca, Tulus, Afgan dan ramai lagi.

Selain daripada itu, susunan lagu itu juga telah digubah oleh salah seorang komposer terkenal di Indonesia iaitu Sindhu Bharata yang telah banyak menulis lirik lagu bagi nama-nama besar seperti Afgan, Vidi Aldiano, Petra Sihombing dan XO-IX.

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Single ‘Cuma Kamu’

Ila Damiaa Teruja Berkongsi 'Cuma Kamu' Dengan Peminat

Ila Damiaa - Cuma Kamu 4

Ila Damiaa - Cuma Kamu 7





Ila Damiaa - Cuma Kamu 15

Ila Damiaa - Cuma Kamu

Anda boleh mendapatkan lagu “Cuma Kamu” menerusi iTunes dan juga semua aplikasi streaming muzik bermula 31 Mac 2017 dan ia dijangka akan membuatkan semua peminat jatuh cinta pada rentak dan iramanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments