Kerana Cinta Nazim Othman Lancar Single Terbaru

Kerana Cinta Nazim Othman
Nazim Othman telah melancarkan single terbaru yang berjudul “Kerana Cinta” ciptaan Ezra Kong, Hael Husaini dan Mike Chan. Manakala liriknya pula ditulis oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.

Lagu yang berkisar tentang kekuatan seorang insan yang di timpa musibah, lalu didatangi seseorang yang sanggup bersusah senang bersama dengan penuh keikhlasan dalam memberi bantuan

Menurut beliau, lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau yang sebelum ini terlantar sakit di hospital, namun dengan adanya isteri sebagai penguat semangat, beliau bangkit untuk melawan kesakitan.

Lagu ‘Kerana Cinta’ ini amat dekat di hati beliau kerana ianya ditulis berdasarkan kisah hidupnya secara peribadi. ‘Kerana Cinta’ menjadi judul lagu Nazim kerana ia selari dengan tema dan jalan cerita dalam lagu tersebut.


Teristimewa untuk semua peminat Nazim, saksikan lirik video ‘Kerana Cinta’ di mana video ini berkonsepkan dark mengikut kesesuaian genre dan lirik lagu.

Lirik video yang berdurasi lebih kurang 4.16 minit itu memaparkan karakter Nazim yang menjiwai setiap bait-bait lagu yang cuba disampaikan.

Khas buat peminat Nazim, lagu ‘Kerana Cinta’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun disemua digital platform seperti iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments