Konsert Gempak Gegar Bakal Gegarkan Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu

Konsert Gempak Gegar Bakal Gegarkan Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu
THR Gegar yang perkasa di Pantai Timur dan menjadi radio nombor satu di Pantai Timur dengan 2.8 juta pendengar turut memberikan sajian menarik buat pedengar!

Sebagai hadiah buat warga Pantai Timur, stesen ini bakal menganjurkan Konsert Gempak Gegar pada 15 April 2017 nanti bertempat di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu bermula jam 8.45malam.





Azarina Gegar VaganzaKonsert Gempak Gegar ini bakal dimeriahkan oleh artis-artis popular tanahair seperti Projector Band, Khalifah Band, Khai Bahar, Wany Hasrita, Azharina, Azian Mazwan Sapuwan, Kristal, KT Buskers, dan Kumpulan Dikir Cita D'mas UNISZA.

Selain itu, penyampai THR Gegar seperti Shah, Anna, Nasa, Suzana, Rezz, dan selebriti popular Sherry Ibrahim dan Ismail Izzani akan turut sama memeriahkannya!

Konsert Gempak Gegar ini merupakan sebuah konsert yang sangat dinantikan oleh pendengar setia THR Gegar di kawasan Pantai Timur.

Stesen THR Gegar menyeru para pendengar setia meraka yang berada disekitar Pantai Timur turun beramai-ramai bagi meriahkan lagi Konsert Gempak Gegar yang dihavockan oleh Deeja Cosmetic.

Orang ramai juga boleh menyaksikan konsert ini secara langsung di FB LIVE THR Gegar yang dipancarkan dari lokasi konsert di Dataran Shah Bandar,Kuala Terengganu pada 15 April ini bermula jam 8.45 malam.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis-artis kegemaran anda beraksi di pentas Konsert Gempak Gegar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments