Mad Sabah dan Adnan Kini Penyampai Radio ERA fm Sabah

Mad Sabah dan Adnan Kini Penyampai Radio ERA fm SabahERA fm Sabah telah mengumumkan keputusan siapakah antara keenam-enam finalis ‘Pencarian Penyampai Pagi ERA Sabah’ yang bakal bertukar status mereka untuk bergelar sebagai penyampai ERA fm Sabah di segmen Pagi ERA Sabah?

Anak kelahiran Sabah yang pernah mendapat tempat ke-2 dalam rancangan Lawak Solo, Mad Sabah kini secara rasminya bergelar Penyampai Pagi ERA Sabah.

Mad Sabah, bakal digandingkan bersama Adnan yang juga salah seorang finalis Penyampai Pagi ERA Sabah.

Berasal dari Keningau, Adnan sebelum ini pernah bekerja di Pejabat Imgeresen, seorang guru sandaran, penari latar dan terkini seorang pemandu Uber.

Kedua-dua pengemudi baharu ERA fm Sabah, Mad Sabah dan Adnan bakal ke udara secara rasminya di segmen Pagi ERA Sabah bermula 25 April 2017 nanti! Pastinya dengan kehadiran dua anak muda ini lebih menceriakan suasana corong ERA fm Sabah dengan celoteh mereka yang bakal menggeletek hati pendengar.





Untuk sebarang maklumat mengenai kempen-kempen anjuran ERA fm Sabah, sila layari www.era.fm dan ikuti lama sesawang ERA fm Sabah di Facebook, Instagram dan Twitter serta dengarkan ERA fm di frekuensi di tempat anda.

Kempen Pencarian Penyampai Pagi ERA fm Sabah turut mendapat sokongan, Rojak Daily Kaw selaku rakan digital.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments