Kisah Disebalik ‘Terlalu Merinduimu’ Single Pertama Dari Fiqri Jelani

Fiqri JelaniBukan mudah untuk Fiqri Jelani, 25, membina impian dan mengejar cita-cita menjadi penyanyi terkenal.

Dia pernah diejek, diperli dan sering menjadi mangsa sindiran rakan sekampung yang pernah membesar bersamanya di Felda Besout 1, Slim River, Perak.

Anak bongsu daripada lima beradik itu melalui satu perjalanan hidup yang penuh dugaan namun Fiqri atau nama sebenarnya Mohd Fiqri Jelani, percaya dan yakin suatu hari nanti pasti segala angan-angannya akan menjadi kenyataan.

Sebagai anak yang paling rapat dengan ibunya, Fiqri mengorbankan sebahagian masa remaja menjaga ibunya, Che Robiah Ahmad, yang menderita penyakit barah hati.

Fiqri sanggup berkorban apa saja untuk insan yang melahirkan dan membesarkannya itu.

Ketika ibu sakit, saya sedang belajar di Kolej Kini Trolak dalam jurusan kejuruteraaan tetapi saya tidak dapat menamatkan pengajian kerana perlu menjaga ibu memandangkan abang dan kakak saya sudah berkahwin. Saya tidak kisah mengambil alih menjaga ibu kerana saya masih bujang dan tiada sebarang tanggungan

Selepas tiga tahun menderita, ibunya telah pergi buat selamanya pada 2012.

Ketiadaan ibunya menjadikan jiwanya kosong dan sering menjadikan lagu nyanyian Apit daripada kumpulan Baron Bros (band dari Singapura) sebagai inspirasi.

Fiqri yang mewarisi darah seni daripada arwah ibunya yang pernah menjadi penyanyi nasyid di Felda Besout 1, terus nekad mengejar cita-citanya dan ternyata tuah dan rezeki menyebelahinya apabila dia dilamar menjadi artis Sony Music Entertainment Malaysia (Sony Music).

Tawaran datang selepas Pengarah Pemasaran Sony Music, Aziana Ali, mendengar nyanyiannya di Youtube.




Fiqri Jelani Cipta 200 Lagu

Sehingga kini Fiqri sudah mencipta lebih 200 lagu tetapi hanya 20 lagu saja dimuatnaik dalam Youtube. Minatnya lebih menjurus kepada genre rock tetapi dia juga pernah memuat naik lagu irama pop rock berjudul “Honey Come to Me”.

Bagaimanapun pihak Sony Music Malaysia mendapati suara saya lebih sesuai membawakan lagu pop rock. Pun begitu saya dapati peminat muzik tempatan sekarang lebih menyukai lagu-lagu yang pernah popular pada era 90-an lantas saya cuba untuk mengikuti trend muzik seperti itu yang mendayu serta menyentuh perasaan.

Lantaran itu terciptalah lagu “Terlalu Merinduimu” yang turut mendapat sentuhan daripada komposer, Eddie Hamid. Sebelum rakaman Eddie mengolah lagu dan lirik agar lebih puitis dan menangkap emosi pendengar. Saya yakin lagu itu akan dapat diterima peminat muzik tanah air,”.

Fiqri juga memilih Eddie sebagai komposer bersama kerana selain meminati lagu ciptaan komposer itu, lagu gubahan semula Eddie itu bersesuaian dengan suaranya.

Sebagai komposer bersama, menurut Eddie, dia mendapati arah aliran muzik sekarang kembali cenderung kepada melodi era 90-an.

Peminat muzik meminati semula lagu berirama meleleh dan mendayu. Lalu selepas dua kali berjumpa Fiqri dan mendengar suaranya, dia ‘boleh’ membawakan lagu seperi itu meskipun minatnya adalah pop rock.

Fiqri ada ‘feel’ yang bagus dan selepas lagu itu siap, saya perdengarkan lagu itu kepada beberapa orang dan mereka kata lagu itu akan cepat ‘melekat’ di hati pendengar,

‘Terlalu Merinduimu’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Jangan lupa untuk mendengar ‘Terlalu Merinduimu’ kolaborasi Fiqri Jelani bersama Eddie Hamid di saluran radio tempatan anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments