Farisha Irish Perkenal Single Sulung ‘Tak Malu’

Farisha Irish Drops First Ever Single ‘Tak Malu’
Penyanyi cilik berbakat besar yang pernah menjadi naib juara serta memenangi tempat ke-3 pertandingan nyanyian realiti ‘Idola Kecil’ musim ke-4 terbitan TV9 dan ‘Ceria Popstar’ musim pertama terbitan Astro.

Kini Farisha Irish muncul dengan single pertama berjudul ‘Tak Malu’ ciptaan komposer disegani Mike Chan dan penulis lirik popular Omar K.

Selain dikurniakan bakat semulajadi dalam bidang nyanyian, mantan pengacara rancangan kanak-kanak berbentuk edutainment ‘Teng Teng’ dan ‘ChiChi & ChaCha’ berusia 17 tahun ini juga mahir dalam bidang lakonan menerusi drama bersiri ‘Nujum Kenit’ dan telemovie ‘Tiba Masanya’ serta pakar bermain piano.

‘Tak Malu’ merupakan sebuah lagu bergenre pop santai sesuai dengan imej dan usia Farisha yang sedang meningkat remaja. Melodinya kedengaran bersahaja sealiran dengan selera pendengar masa kini.

Bait-bait liriknya menceritakan tentang perasaan seorang gadis remaja yang sering memerhatikan lelaki idamannya dan ‘Tak Malu’ untuk meluahkannya walaupun mungkin hanya bertepuk sebelah tangan.

Single ini bukanlah menceritakan tentang seorang gadis remaja yang terkejar-kejar atau terhegeh-hegeh dengan lelaki idamannya (ketawa kecil), tetapi lebih kepada meluahkan perasaan sebenar kerana pada pendapat Farisha, wanita sekarang semakin berani untuk berkata-kata dan saya rasa itu tidak salah jikalau kena dengan tempat dan waktunya,”

Dengan adunan lirik dan melodi yang segar dan muda, pihak Sony Music Entertainment Malaysia percaya bahawa single ini mampu menarik perhatian ramai pendengar terutamanya golongan muda sekarang.

‘Tak Malu’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Dengarkan single pengenalan Farisha Irish ‘Tak Malu’ ilham oleh Mike Chan dan Omar K di saluran radio tempatan anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments