#TambahLagi Hiburan Eksklusif Bersama HyppTV

TambahLagi Exclusive Entertainment with HyppTV
Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM), HyppTV mengumumkan himpunan program dan aktiviti menariknya sempena bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelang.

Penonton akan disajikan dengan pelbagai pilihan di mana HyppTV membawakan kandungan tempatan yang terbaik termasuk program-program terbitannya serta telemovie dan filem-filem blockbuster dalam tempoh tayangan percuma bermula 17 Jun sehingga 2 Julai 2017.

Tahun ini, HyppTV memperkenalkan kempen Ramadan-Rayanya bertemakan #tambahlagi yang membawa maksud ‘menambah lagi’, di mana HyppTV mengharapkan untuk #tambahlagi keseronokan melalui pelbagai kandungan yang lebih menarik serta aktiviti-aktiviti terbaik, selari dengan penawaran konvergens UniFi yang menawarkan pelbagai pilihan hiburan untuk para pelanggan.

Kempen ini akan diterajui oleh lima (5) selebriti HyppTV; Sarah Hildebrand, dari HyppTV Studio; Putra Amaris dan Mona Allen dari drama bersiri Mr Stalker, Saya Cintakan Awaklah! di HyppSensasi HD; Leanna Dapur Dara di HyppInspirasi HD; dan Saharul Ridzwan dari drama bersiri Setia Menunggumu di Salam HD.

Pelanggan HyppTV akan dapat menonton himpunan kandungan hiburan yang menarik daripada drama bersiri terbitan HyppTV, telemovie dan filem-filem blockbuster di HyppSensasi HD, HyppInspirasi HD dan Salam HD.

Selain kandungan tempatan, pelanggan HyppTV turut akan disajikan dengan pelbagai hiburan dari saluran Asia bertaraf antarabangsa di HyppTV seperti tvN Movies HD, Sony Max, Pesona HD dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial

Facebook HyppTV | Twitter HyppWorld | Instagram HyppTV | TM Youtube

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments