Zizan Razak dan SonaOne Bergabung Hasilkan Single Chentaku

BZizan Razak dan SonaOne Bergabung Hasilkan Chentakuuat pertama kalinya, dua artis besar tanah air iaitu Zizan Razak dan SonaOne telah bergabung untuk berkolaborasi dalam single terbaru berjudul ‘Chentaku’.

Sebuah gabungan yang mantap ini pastinya akan menarik ramai pendengar untuk mendengar lagu yang mempunyai rentak ‘fresh’ dan up beat ini.

Memilih genre hip-hop kerana ia lebih menepati citarasa Zizan dan bersesuaian dengan aliran masa kini.

Lagu yang menceritakan seorang jejaka yang jatuh cinta pada pandangan pertama dan cuba untuk mengenali gadis ini, namun cinta itu hanya dari jauh dan apabila bertemu buat pertama kali perasaan malu itu menguasai diri masing-masing.

‘Chentaku’ ini merupakan sebuah lagu hasil ciptaan oleh SonaOne, manakala Joe Flizzow selaku eksekutif produser dan lirik pula oleh Joe Flizzow dan Zizan sendiri.





Teristimewa buat peminat Zizan dan SonaOne, lagu ‘Chentaku’ ini merupakan hasil usahasama Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd dan Warner Music (M) Sdn Bhd.

Ia juga merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd dan boleh di strim disemua digital platform seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox mulai 19 Mei 2017!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments