‘Aku Balik Kampung’ – Manbai, Amir Jahari, NSSN & Kayda Aziz

Aku Balik Kampung
Manbai, Amir Jahari, NSSN & Kayda Aziz telah bergabung dan berkolaborasi bersama menerusi lagu raya ‘Aku Balik Kampung’.

Sememangnya sebuah lagu raya yang akan menjadi pilihan para pendengar pada tahun ini kerana judul lagunya juga sudah menarik perhatian ramai. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainannya yang tersendiri serta melodinya mudah diingati.





Sekali dengar pasti pencinta muzik tanah air sudah boleh bersiul atau melagukan melodi tersebut ketika pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.

Lagu ‘Aku Balik Kampung’ ini adalah inisiatif Mudah.my dan dijadikan sebagai lagu kempen sempena hari raya yang bakal diraikan bukan sahaja oleh umat Islam malah kesemua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Lagu ciptaan bersama Damian Mikhail dan SasiTheDon serta lirik digarap oleh Ikhwan Hariz dan SasiTheDon ini dimantapkan lagi dengan terbitan oleh dua penerbit yang tidak asing lagi dipersada muzik sejagat iaitu Damian Mikhail dan SasiTheDon.

Teristimewa buat peminat Man Bai, Amir Jahari, NSSN dan Kayda Aziz, lagu ‘Aku Balik Kampung’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun dan distrim disemua digital platform seperti Spotify, Apple Music, JOOX, Yonder dan KKBox mulai 16 Jun 2017 ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments