Astro & Karangkraf Jalin Kerjasama Strategik Hasilkan Kandungan IP Bagi Rantau Nusantara

Astro & Karangkraf Jalin Kerjasama Strategik Hasilkan Kandungan IP

Astro Malaysia Holdings Berhad dan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang membentuk sebuah syarikat usahasama untuk penghasilan dan penjanaan keuntungan menerusi pemilikan kandungan di Malaysia dan rantau Nusantara.

Matlamat utama kolaborasi ini, bagi menyasarkan penghasilan bersama kandungan harta-harta intelek atau IP yang komprehensif meliputi segmen Melayu dan Islamik.

Pemilikan IP ini membolehkan Astro untuk memaksimumkan potensi aliran masuk kewangan daripada pelesenan, Adex, langganan dan perdagangan, yang mana pada masa yang sama juga memberi peranan jangka masa panjang yang mampan kepada kami dalam rantaian media.





Kumpulan Media Karangkraf pula amat teruja untuk menjalinkan kerjasama yang lebih rapat lagi dengan Astro, terutamanya setelah terlibat dalam pelbagai kempen sebelum ini, seperti Projek Ngaji, Quran Hour dan sebagainya.

Dengan gabungan jumlah jangkauan yang memberangsangkan, kami merasakan bahawa Astro merupakan rakan strategik yang paling tepat untuk membantu memperluaskan kandungan harta intelek kami di pelbagai platform seperti televisyen, OTT dan di ruang digital di Malaysia dan di negara-negara serantau.

Kerjasama antara Astro dan Karangkraf adalah selaras dengan strategi utama Astro dalam menguasai pemilikan bersama kandungan IP utama yang mempunyai daya tarikan serantau, dan memenuhi aspirasi syarikat untuk menjadi pembekal, pengumpul dan pengedar utama kandungan di Asean.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments