Astro Perkenal Saluran Khas ‘Raya HD’ Sepanjang Syawal Ini

Astro Perkenal Saluran Khas 'Raya HD'
Sempena lebaran tahun ini, Astro tampil dengan membawakan sebuah saluran khas RAYA HD (122) yang boleh dinikmati secara percuma selama sebulan oleh semua pelanggan Astro dan NJOI bermula 24 Jun hingga 24 Julai 2017.

Saluran khas RAYA HD bakal menyajikan seleksi program raya terbaik yang disusun berselang-seli tanpa henti merangkumi pelbagai genre berbeza termasuklah program hiburan dan muzikal, barisan drama dan telefilem terhebat yang menampilkan nama-nama popular tanah air, program berunsur lawak dan komedi, koleksi filem-filem terlaris tempatan dan antarabangsa dari era kegemilangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sehinggalah yang terkini selain filem-filem Bollywood, dan Hollywood.

Astro memanfaatkan keterujaan menyambut bulan mulia ini dengan mengangkat tema ‘Dari Hati’ bagi menggerakkan ‘Kempen Kosong-Kosong’ untuk sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Himpunan lebih 260 pengisian istimewa raya termasuk 131 buah program baru telah diselaraskan merangkumi kandungan eksklusif di ruang digital, televisyen, radio dan acara lapangan bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri kali ini.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pengisian Syawal menerusi Kempen ‘Kosong-Kosong Dari Hati’, sila layari laman sesawang rasmi di www.kosongkosong.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments