Fazura Bakal Lancar 2 Single Serentak – Bisa Apa & Bangun Pada 16 Jun 2017

Fazura tidak mempersiakan peluang sebaik mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia.

Ketika anda masih lagi menikmati lagu-lagu kolaborasinya bersama Estranged (Hancur Aku), Jason Dy (Nothing Like Pag Ibig / Nothing Like Cinta), Dan terbaru bersama Fattah Amin untuk lagu “Cinderella”, Fazura kini bersedia melancarkan koleksi singlenya sendiri.




Single Berkembar Daripada Fazura : Bisa Apa & Bangun

Bukan satu, tetapi beliau memilih untuk melancarkan dua single secara serentak yang akan dapat dinikmati khalayak pada 16 Jun ini.

Dua single tersebut adalah Bisa Apa dan Bangun. Menariknya, kedua-dua hit tersebut memiliki keistimewaan dan kisah tersendiri.
Fazura - Bisa Apa
Bisa Apa merupakan hasil penuh karyawan terkenal Indonesia iaitu Tantra Numata dan Mhala Numata dan diproduksi sepenuhnya di Indonesia termasuk proses mastering yang dihasilkan di Bandung.

Menjadi salah sebuah runut bunyi dalam drama rantaian fenomena Hero Seorang Cinderella, Bisa Apa dibikin khusus buat Fazura yang terkesan boleh didengar pada penyampaian dan lenggok vokalnya.

Dibalut dalam ritma balada yang cukup indah dengan permainan banyak instrumen termasuk gesekan cello dan biola, Fazura mendendangkan lagu ini dengan cukup baik dan Bisa Apa dapat ‘dirasa’ menusuk ke dalam hati.
Fazura Bangun
Berbeza pula dengan Bangun yang dihasilkan sepenuhnya oleh karyawan Malaysia, single ini berentak ‘catchy’ dan berbaur inspirasi.

Dihasilkan oleh Ilyahida selaku komposer, Ruviyamin sebagai arranger dan Ahmad Kemat Khair pada posisi produser, Bangun begitu mudah dikaitkan dengan kehidupan Fazura yang begitu positif.

Untuk melengkapkan ‘kelahiran’ Bangun, sebuah klip video akan dihasilkan selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Merupakan duta kepada telefon pintar Neffos, tentulah jenama terkenal ini turut serta bertanggungjawab menjadikan klip video yang dihasilkan Fazura menjadi lebih menarik; di mana pemenang-pemenang dipilih akan membuat penampilan istimewa dalam klip video tersebut bersama Fazura.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments