Tonton Filem Bollywood Di Saluran 108 Tara HD Hari Raya Ini

Sempena Hari Raya tahun ini, para peminat filem Bollywood boleh menyaksikan 4 filem Bollywood terbaik yang bakal disediakan oleh Astro di saluran 108 Tara HD bermula dari 24 hingga 27 Jun ini.

Empat filem Bollywood terbaik seperti Pardes, Sultan, Diwale, dan Mann yang dilakonkan oleh barisan pelakon Bollywood popular seperti Shah Rukh Khan, Amir Khan, Kajol dan ramai lagi, bakal menghiburkan penonton pada minggu perayaan ini.

Pardes – Sabtu (24/6), 9 pm
Pardes Tara HD
Pelakon: Shah Rukh Khan, Mahima Chaudary, Amrish Puri, Apurva Agnihotri

Pardes menceritakan nilai, identiti dan budaya India di negara barat menerusi percintaan 3 segi antara Arjun (Shah Rukh Khan), Ganga (Mahima Chaudary) dan Rajiv (Apurva Agnihotri).

Ganga seorang yang menjaga nilai budayanya perlu membuat keputusan adakah dia mahu mengahwini Rajiv seorang lelaki yang sudah dibesarkan dengan nilai barat dan pada masa yang sama Arjun juga mempunyai perasaan terhadap Ganga.

Sultan – Ahad (25/6), 9 pm
Sultan Tara HD
Pelakon: Salman Khan, Anushka Sharma, Marko Zaror

Sultan menceritakan kisah seorang ahli gusti tempatan yang terkenal bernama Sultan Ali Khan (Salman Khan) yang mempunyai impian untuk mewakili India dalam pertandingan gusti di Olimpik.

Sepanjang perjalanan Sultan dalam mencapai impiannya, dia mengenali Aarfa (Anushka Sharma) juga seorang ahli gusti yang mempunyai impian yang sama maka bermulah perjanan mereka dalam mencapai impian mereka bersama.

Diwale – Isnin (26/6), 9 pm

Pelakon: Shah Rukh Khan, Kajol, Kriti Sanon, Varun Dhawan

Mengisahkan tentang dua pasangan bercinta Raj (Shah Ruh Khan) dan Meera (Kajol) dalam menyelesaikan konflik antara keluarga mereka yang merupakan kumpulan gangster yang kuat di India.

Pelbagai halangan yang perlu mereka lalui dalam hubungan tersebut namun hubungan mereka terhenti setelah salah seorang dari mereka khianat untuk menjaga kepentingan keluarga.

Dapatkah mereka bersama?

Mann – Selasa (27/6), 9 pm

Pelakon: Amir Khan, Manisha Koirala, Sharmila Tagore, Dalip Tahil

Menceritakan kisah pertemuan di antara Priya (Manisha Koirala) dan Dev (Aamir Khan) di atas sebuah kapal layar yang menjadi permulaan percintaan mereka walaupun kedua dua mereka sudah mempunyai bakal pasangan untuk dikahwin.

Mereka berjanji untuk bertemu semula setahun selepas mereka berpisah untuk buktikan cinta mereka berdua.

Adakah kedua-duanya akan bertemu semula?

Jadi pada peminat cerita Bollywood, jadikan minggu perayaan ini sebagai minggu perayaan yang menghiburkan dengan menonton 4 filem Bollywood hebat ini di saluran 108 Tara HD.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments