HyppTV Berkolaborasi Anjurkan Aktiviti Berteraskan Komuniti di Shah Alam

Photo - Majlis Berbuka Puasa bersama HyppTV 10June17 (Low-Res)
HyppTV, telah menyusun beberapa aktiviti berteraskan kemasyarakatan, termasuklah aktiviti bersama anak-anak yatim dan pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz terpilih di Shah Alam.

Aktiviti-aktiviti ini adalah selari dengan kempen HyppTV, #tambahlagi #KeajaibanRamadan yang melibatkan bukan sahaja menambah kandungan saluran dan program berkualiti tinggi pada platform perkhidmatan tersebut, tetapi turut menambah kebajikan buat komuniti sepanjang bulan Ramadan ini.





Kemuncak bagi kesemua aktiviti ini adalah majlis berbuka puasa yang diserikan dengan kehadiran Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM, Ustaz Mohd Aisha Jaafar, Timbalan Yang Dipertua Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) Pusat dan Ustaz Mohammad Rizal Sabran, Pengerusi Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam, bersama- sama dengan Dato’ Zuraidah Mohd Said, Naib Presiden, TM Selangor dan Alfian Abu Talib, Ketua Pegawai Eksekutif, TM Info Media (TMIM).

Barisan selebriti tempatan daripada Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) seperti Datuk Irwan Shah Abdullah, yang lebih dikenali sebagai DJ Dave, Presiden YA1M serta Datuk Nash, Dato’ A Rahman Hassan, dan Datuk A. Aida, Pengurus Saluran Salam HD yang juga merupakan Pengarah Urusan, A. Aida Production Sdn Bhd merupakan antara tetamu lain yang turut hadir ke majlis tersebut.

Pada majlis berbuka puasa tersebut, HyppTV memberikan sumbangan wang tunai kepada lima (5) buah masjid dan surau di sekitar kawasan berkenaan iaitu kepada Surau An-Nur, Surau Nuruddin, Surau Al-Munawwarah, Surau Worldwide dan Masjid Al-Ikhlas.

HyppTV turut menyumbangkan pakaian baharu dan wang tunai kepada rumah anak-anak yatim, Pusat Jagaan Mahligai Kasih Zadut Taqwa dan institut tahfiz Madrasah Tahfiz al-Quran Hidayatul Muttaqin Lil Banaat di mana anak-anak dan pelajar-pelajar daripada kedua-dua institusi ini diraikan dalam majlis berbuka puasa itu.

Kesemua sumbangan wang tunai dan pakaian ini telah dikumpulkan melalui satu inisiatif anjuran HyppTV sebelum ini, di mana kotak-kotak sumbangan telah diletakkan di Menara TM dan TMpoint Shah Alam bermula 29 Mei sehingga 7 Jun untuk membolehkan warga TM menyalurkan sumbangan mereka.

Kesemua sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Jeremy Kung bersama-sama Ustaz Mohd Aisha dan Ustaz Mohammad Rizal.

Para tetamu turut berpeluang beramah mesra bersama para selebriti HyppTV seperti Putra Amaris, Niena Baharun, Zizan Nin, Aishah Hasnaa, Rashidah Jafar, Wanna Ali, Iswan Ismail, Nadia Brian, Puteri Balqis, Faye Kushairi dan ramai lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial

Facebook HyppTV | Twitter HyppWorld | Instagram HyppTV | TM Youtube

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments