Kedai Konsep Pertama Didi & Friends Dibuka di The Mines

Playtime with Didi & Friends at The Mines Shopping Mall
Kedai konsep pertama di Malaysia yang menawarkan tunggangan elektronik dan aktiviti-aktiviti kraf bertemakan Didi & Friends telah dibuka di pusat membeli-belah The Mines.

Ia pastinya mengujakan buat keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan pra-sekolah!

Kedai konsep yang dikenali sebagai Playtime with Didi & Friends itu, adalah hasil kerjasama di antara ZOOMOOV (Malaysia) Sdn Bhd dan pemilik Didi & Friends IP – DD Animation Studio Sdn Bhd (Digital Durian) dan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro).





Pengurus Besar ZOOMOOV (M) Sdn Bhd, Ms Larisa Siah berkata kedai konsep tersebut merealisasikan impian ZOOMOOV dalam memberikan pengalaman tunggangan elektronik dan kraf kepada kanak-kanak dan keluarga menerusi karakter kesayangan ramai Didi & Friends, program TV pra-sekolah yang terkenal di Malaysia.
Rumah Bakti Al-Kausar and Rumah Amal Limpahan Kasih
Pada majlis pelancaran kedai konsep ini,

30 kanak-kanak daripada dua rumah anak-anak yatim: Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih diraikan dengan penuh meriah dengan Didi & Friends. Mereka bukan sahaja dihiburkan dengan tunggangan muzikal Didi, Nana dan Jojo, tetapi turut meluangkan masa, bergambar bersama maskot-maskot dan mencuba pelbagai aktiviti kraf.

Mereka kemudiannya dijamu dengan hidangan berbuka puasa di restoran Timur Tengah di pusat membeli-belah itu, iaitu Almendi’s.

Peminat-peminat lagu kanak-kanak popular kini boleh menaiki tunggangan muzikal Didi, Nana dan Jojo (RM10 untuk tunggangan 5minit atau RM20 untuk tiga tunggangan 5 minit), menyertai aktiviti-aktiviti kraf, melawati kedai mini dan menikmati sesi nyanyian santai di kedai konsep tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments