Alif Satar Buat Penampilan Istimewa Dalam Musim Terbaru Ben 10

Alif Satar - Guest Star in special Ben 10 episode this June
Cartoon Network (Astro Saluran 616) telah bersiap sedia untuk mengujakan para peminat Ben 10 dengan episod-episod baru pada bulan ini.

Bermula Sabtu, 10 Jun, para penonton bakal disambut dengan pagi yang penuh aksi bersama Ben Tennyson, Grandpa Max serta sepupunya Gwen.

Dengan bantuan jam tangan Omnitrix milik Ben serta 10 wira makhluk asingnya, mereka bersama-sama meneroka satu pengembaraan
hebat yang memaparkan kuasa luar biasa!




Penampilan Istimewa Alif Satar Dalam Musim Terbaru Ben 10

Sempena penyiaran rancangan menarik ini, Cartoon Network telah berkerjasama dengan penyanyi dan pengacara berbakat, Alif Satar yang menjadi pelakon suara untuk Tim Buktu, watak antagonis yang sukar dikawal.

Dalam episod khas ini, Ben perlu bertukar menjadi makhluk asing untuk menyelamatkan Empangan Hoover daripada bencana. Tetapi, perhatiannya sentiasa diganggu oleh Tim Buktu yang berperangai kasar dan berpura-pura ingin memberi bantuan kepadanya.

Walaupun Tim Buktu sentiasa mengidam untuk menjadi seorang wira, namun tindakannya sering menemui kegagalan.

Episod ini bakal disiarkan pada pukul 9 pagi, Sabtu (17 Jun).

Ben 10 adalah antara kartun yang ditonton oleh hampir setiap lelaki pada zaman kanak-kanaknya. Saya sendiri juga seorang peminat Ben 10 dan masih mengingati waktu saya membesar dan menonton episod-episod kegemaran saya di Cartoon Network.

Saya amat berbesar hati kerana berpeluang menjadi sebahagian siri ikonik ini. Memainkan watak Tim Buktu amat menyeronokkan dan saya tidak sabar untuk berkongsi pengalaman saya ini bersama para peminat!” – Alif Satar

Janganlah ketinggalan untuk menyaksikan episod khas Ben 10 pada pukul 9 pagi, Sabtu (17 Jun), hanya di Cartoon Network (Astro Saluran 616). Episod-episod baru Ben 10 akan disiarkan di Cartoon Network setiap Sabtu, pada pukul 9 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments