Penyampai Radio Era Beri Baucer KFC Percuma

Penyampai Radio Era Beri Baucer KFC Percuma
ERA fm tahun ini memberi peluang kepada para pendengarnya untuk berbuka puasa bersama KFC.

Minggu lalu, ERA fm telah mengadakan peraduan di KFC VSQ PJ Centre (Sabtu 17 Jun) dimana para pendengar ERA fm dapat memenangi baucer KFC dengan menyertai peraduan yang telah dikendalikan oleh pengacara ERA fm Haniff dan ray dan pengacara Basria CK Faisal di sana.

Peraduan tersebut dikendalikan dari pukul 6 petang sehingga 7 dan pelbagai permainan menarik yang di jalankan sepanjang peraduan tersebut.

Antara permainan yang di jalankan di sana adalah, sesi soal jawab, permainan congkak, permainan pemadam dan dam ular.

Peserta juga dapat berinteraksi bersama para pengacara sepanjang program tersebut dan para pemenang diberikan voucher KFC dan juga peluang berbuka puasa bersama para pengacara.

Peraduan tersebut mendapat sambutan ramai terutamanya di kalangan para peminat dan pendengar Era fm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments