Pretty Suci Lancar Portal Beli Belah Atas Talian Khusus Bagi Produk Halal

Pretty Suci Lancar Portal Beli Belah Atas Talian
Pretty Suci merupakan ilham dua usahawan wanita muda, YM Tunku Dato’ Kaiyisah Tunku Kamil Ikram dan Natasha Dato’ Sri Mohammad Ozeir, kini melancarkan portal membeli belah atas talian mereka sendiri.

Prettysuci.com, merupakan portal online kecantikan dan penjagaan kulit terbaru khusus produk diiktiraf halal.

Idea disebalik penubuhan kedai online ini lahir daripada dua usahawan wanita yang gemarkan kecantikan, di mana ia menawarkan pelbagai produk kecantikan halal buat semua bukan sahaja dari Malaysia bahkan dari serata dunia seperti Australia, USA, Taiwan, Korea dan Indonesia.

Jenama seperti Make Over dan Wardah (Indonesia), Naveen (Taiwan), Amara Halal Cosmetics dan Tom’s Of Maine (USA), Kester Black (Australia), Talent Cosmetics (Korea) dan Prettysuci, So.Lek, Naelofa, Marcella + Co, Sorfina Hal dan Imaan Suci (Malaysia) telah mendapat sambutan hangat dari pengguna di negara masing-masing, kini boleh diperolehi melalui platform yang disediakan oleh Prettysuci.com.





Melalui pelancaran ini, ia berharap dapat menyediakan pilihan yang hebat, produk berkualiti dengan tarikan antarabangsa.

Sesiapa yang melayari Prettysuci.com pasti akan tertarik dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan bermula dari produk penjagaan kulit kepada maskara dan gincu bibir, kepada bedak asas dan pelembab serta pengilat kuku halal.

Produk penjagaan kulit dan kecantikan haruslah cruelty-free.

Oleh itu, produk ini menjadi tarikan buat pengguna Islam serta bukan Islam dan sesiapa sahaja yang gemarkan produk berteraskan kesihatan, holistik dan cara hidup yang alami.

Kebangkitan barangan kecantikan dengan unsur organik, tumbuh- tumbuhan dan cruelty-free menunjukkan bahawa terdapat kesedaran yang tinggi di kalangan pengguna yang mahukan maklumat berkenaan isi kandungn sesuatu barangan dan produk halal merupkan pilihan terbaik buat mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV layari www.prettysuci.com atau lawati laman media sosial

Facebook Pretty Suci Malaysia | Instagram Prettysuci

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments