Mega Hindi Kool FM Bersama Andy Hakim Setiap Sabtu Malam

Mega Hindi Kool FM Bersama Andy Hakim
Kool FM telah memperkenalkan segmen ‘Mega Hindi Kool FM’ dengan menampilkan Andy Hakim sebagai teraju utama bagi segmen tersebut.

Segmen Mega Hindi Kool FM akan menyajikan lagu-lagu Hindi malar segar dan bersiaran setiap Sabtu, selama dua jam mulai pukul 10.00 malam hingga 12.00 tengah malam bermula 22 Julai 2017.





Mega Hindi Kool FM disiarkan bagi memenuhi kehendak pendengar sekaligus mengukuhkan jenama stesen radio Kool FM.

Andy Hakim selaku pengemudi segmen tersebut yang juga pernah dinobatkan Penyampai Radio Lelaki Popular, ABPBH 2002.

Andy atau nama sebenarnya Muhammad Ishak Ibrahim merupakan antara penyampai radio berpengalaman yang sangat terkenal kerana kepakaran dan pengetahuan yang mendalam mengenai lagu dan filem Bollywood.

Pihak pengurusan memberi peluang untuk beliau mengendalikan segmen tersebut bagi memantapkan lagi rancangan di stesen radio Kool FM.

Untuk informasi lanjut, pendengar boleh melayari laman web rasmi di www.koolfm.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments