My Mudah STORies bersama Altimet

Altimet My Mudah STORies
Mudah.my, akan membawa TV hiburan ke tahap yang baru! Sertai rapper Malaysia yang terkenal, Altimet dan rakan-rakan selebritinya yang lain dalam rancangan TV terbaru oleh Mudah.my, My Mudah STORies bersama Altimet. 

Dicipta dan dikonseptualisasikan oleh laman web jual beli terbesar di Malaysia, My Mudah Stories Bersama Altimet ialah 16 siri episod yang menunjukkan kehidupan sebenar selebriti paling hangat di Malaysia, semuanya yang ditayangkan untuk tujuan yang baik.

Sesi bual bicara yang akan berlangsung selama 20 minit menampilkan Atlimet sebagai pengacara dimana beliau akan berbicara bersama personaliti berita dan hiburan yang terkenal seperti Sarimah Ibrahim, Deborah Henry, pemenang Sukan SEA dua kali – Irfan Shamshuddin, pelakon terkenal – Datuk Hans Isaac, Aliff Aziz, Atu Zero, penyanyi popular –
seperti Talitha Tan dan Jaclyn Victor, dan ramai lagi.





Para tetamu akan berkongsi kisah bersama satu sama lain mengenai perjalanan mereka ke kemasyhuran dan bagaimana jalan menuju kesuksesan tidak selalunya mudah.

Program tersebut akan juga menampilkan satu segmen di mana tetamu jemputan akan menjual barang-barang preloved di Altimet Store, di Mudah.my.

Hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada organisasi pilihan selebriti tersebut.


Saksikan My Mudah STORies bersama Altimet setiap minggu pada hari Ahad, 11:30pm di Astro Ria, Astro Saluran 104 atau saksikan program tersebut di saluran YouTube Mudah.my.

Tayangan semula adalah pada setiap hari Sabtu, 12:30 tengah hari di Astro Ria.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments