Pencarian Bakat Cilik Program Ceria I-Star Musim Kedua Kini Bermula

Mawi dan Ustaz Zulkefli Hamat
Pencarian bakat cilik bagi Program Ceria I-Star Musim Kedua telah bermula di 6 lokasi termasuk negara serantau seperti Brunei dan Jakarta.

Minggu lalu, kehadiran kanak-kanak membanjiri The Puteri Pacific, Johor Bahru bersama ibu bapa dan rakan-rakan bagi menghadiri sesi ujibakat program Ceria I-Star musim kedua jelas menampakkan keterujaan mereka terhadap program yang berteraskan hiburan Islamik ini.

Menampilkan Mawi dan Ustaz Zulkefli Hamat (Ustaz Zul) sebagai juri bagi sesi ujibakat di Johor, rata-rata peserta hadir dengan persiapan rapi bagi memberi persembahan terbaik untuk memenangi hati para juri.





Minggu ini, misi pencarian bakat baru Ceria I-Star akan diteruskan lagi di Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Buat mereka yang berusia 5 hingga 15 tahun, inilah masanya untuk menonjolkan bakat yang dimiliki seperti bernyanyi, berlakon, bercerita, hafazan, berceramah, kalam jamaie, menulis tulisan khat, bermain silap mata, bermain alat muzik, berdikir barat atau apa sahaja bakat yang diselitkan dengan unsur Islamik.

Aktor dan penyanyi, Izzue Islam dan PU Rozi akan bertindak selaku juri bagi pencarian bakat di Kelantan.

Pencarian bakat cilik Ceria I-Star juga akan diadakan di Brunei pada 6 Ogos, di Jakarta pada 12 Ogos, di Kedah pada 18 Ogos dan diakhiri di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 Ogos.

Program Ceria I-Star bakal menemui penonton pada Oktober ini. Ayuh, rebut peluang ini untuk menyerlahkan bakat terpendam, seterusnya menjadi antara barisan peserta Ceria I-Star musim kedua, dan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM15,000.00.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments