Single ‘Cakap Ke Tangan’ Oleh Stacy Ciptaan Suaminya Akim Ahmad

Stacy - Cakap Ke Tangan
Stacy bakal tampil dengan sebuah single terbaharu berjudul ‘Cakap Ke Tangan’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh suami beliau sendiri, Akim Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai Hang Nedim bersama Laq.

Penyanyi yang dikenali dengan kekuatan vokal serta turut dikagumi dengan bakat menari yang cukup baik ini terus perjuangkan konsep muzik catchy yang sememangnya sesuai dengan imejnya yang lincah dan bertenaga apabila beraksi di atas pentas.

Setiap kali membuat persembahan, peminat pasti disaji dengan kreativiti dan pembaharuan segar yang sering dibawakan oleh beliau menerusi reka tari bertenaga lagi menghiburkan.





Sebelum ini, bait-bait lirik menerusi lagu-lagu hits nyanyian Stacy lebih banyak menjurus tentang hal percintaan dan kekesalan dalam hubungan.

Menyuntik pendekatan yang sedikit berbeza kali ini, lirik untuk single ‘Cakap Ke Tangan’ digubah dengan susunan singkat dan ringkas tetapi mempunyai mesej mendalam untuk segelintir masyarakat yang sering menilai kekurangan orang lain sebelum melihat kelemahan yang ada pada diri mereka sendiri.

Single ‘Cakap Ke Tangan’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan akan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan bermula pada hari ini.

Selain itu, muzik video lagu ‘Cakap Ke Tangan’ juga boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran Youtube ‘Rocketfuel Network’. Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Layari saluran Youtube Rocketfuel Network untuk maklumat lanjut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments