Filem OlaBola Dipentaskan di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC.

OlaBola Movie With Live Music
Filem Malaysia yang paling popular dan menjadi sebutan ramai, OlaBola – buat julung kalinya bakal mengadakan persembahan secara langsung di pentas penuh berprestij, di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC.

Persembahan yang bakal diiringi oleh kumpulan pemuzik hebat dari Orkestra Filharmonik Malaysia ini akan diadakan secara eksklusif selama dua malam, pada 15 and 16 September ini bermula pada jam 8.30 malam.

Pada malam tersebut, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu yang diangkat dari filem OlaBola sebelum ini dan dari runut bunyi (soundtrack) baharu yang disusun oleh komposer terkenal Malaysia, Onn San, termasuk muzik baharu yang ditulis khusus untuk konsert ini.





Dalam pada itu, penyanyi jemputan, Stephanie Van Driesen dan Juwita Suwito diberi penghormatan untuk mendendangkan lagu-lagu baharu ini yang pasti akan memikat hati para hadirin.

Tiket boleh didapati di laman web Malaysian Philharmonic Orchestra dengan harga di antara RM120.00 ke RM240.00.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mpo.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments