Platform Digital Hiburan Gempak Kini Berwajah Baru

Gempak Berwajah Baru
Astro memperkenalkan wajah baru ‘Gempak’, platform digital hiburan nombor satu di Malaysia dan menyasarkan golongan Melayu Millennials atau Malaynnials (remaja berumur 18 – 34 tahun) sebagai audiens sasarannya.

Gempak yang boleh dilayari di www.gempak.com dan menerusi aplikasi mudah alih kini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store buat pengguna Android dan Apple App Store buat pengguna iPhone.

Ia menawarkan pelbagai kandungan eksklusif, video-video menarik, berita hiburan dan informasi terkini, tips dan tutorial, gaya hidup masa kini, dan siri-siri televisyen yang terhebat dari dalam dan luar negara.





Gempak – perkhidmatan hiburan Melayu popular kami ini telah diperkenalkan pada bulan Jun 2012, terus menghiburkan dan menghubungkan generasi Malaynnials yang sentiasa menginginkan informasi yang cepat, tepat dan mudah” – Ketua Penjenamaan, Pemasaran Bahagian Melayu dan Gempak, Raja Jastina Arshad

The House – Program Realiti Digital Pertama Menampilkan Fattah Amin

Fattah AminGempak turut melancarkan musim terbaharu ‘The House’ yang bakal menampilkan pelakon popular tanah air, Fattah Amin dan seorang lagi pelakon muda yang semakin menempa nama dalam industri seni tempatan, Alvin Chong.

‘The House’ merupakan program realiti digital pertama yang diperkenalkan secara eksklusif di platform ‘Gempak’.

Program yang telah bersiaran selama tiga musim ini berjaya meraih secara keseluruhan sebanyak 31 juta tontonan video dan menerima lebih dari 46 juta capaian di laman media sosial.

Program ini merupakan di antara pencapaian terbaik ‘Gempak’ dan menerusi strategi pemasaran yang komprehensif dan memberi fokus utama akan kandungan atas talian, ia berjaya meraih jutaan tontonan di alat peranti mudah alih yang pelbagai.

Di antara kandungan eksklusif lain yang menanti pengguna ‘Gempak’ dalam jangka masa terdekat ini adalah ‘Mata Cinta’, dan ‘Digital Idol’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments