Keliling Dunia – Altimet feat The Kawan Band

Keliling Dunia - Altimet feat The Kawan BandMenyusuli kejayaan besar Altimet dalam single sebelum ini, “Amboi”, single terbaru yang berjudul “Keliling Dunia” yang sebahagian besar diinspirasikan semasa jelajah 2016 beliau ke Eropah dan USA untuk South by Southwest (SXSW).

“Keliling Dunia” mendapat sentuhan komposisi oleh Navin D’Navigator dan lirik ditulis oleh Altimet sendiri.

Lagu yang berentak rancak dan ‘jazzy’ dirakamkan secara langsung bersama alat-alat muzik yang dimainkan oleh ahli-ahli kumpulan The Kawan Band.

Kami (Altimet & The Kawan Band) banyak menjelajah di peringkat antarabangsa, maka kami mencapai kata sepakat untuk menghasilkan sebuah lagu yang menggabungkan genre hip-hop dengan alat-alat muzik ‘live’.

Setelah bertungkus-lumus bersama semua ahli The Kawan Band di studio, “Keliling Dunia” adalah hasil sulung dari eksperimen ini”. – Altimet




Lirik Keliling Dunia – Altimet & The Kawan Band

Izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia 2 3 kali
Jauh di mata dekat di hati
Bila tiba masa aku kembali
Aku berikrar aku berjanji
Bila tiba masa aku kembali
Teman teman aku menjadi saksi
Bila tiba masa kami kembali

Pengurus call tanya dah siap sedia
Aku tanya balik kemana kita
Nak kemas selipar atau sweater
Kena ikut cuaca jangan main gila
Dia kata destinasi London Heathrow
Had bagasi tiga puluh kilo
Paling jauh aku pergi untuk gig show,
Ringgit tukar USD semua pegang c notes
Mintak selfie kata pramugari
Boleh tapi masa makan bagi lebih nasi
Bismillah Jemput makan kawan kawan
Sate beralaskan awan jadi sarapan hey

Mama mama doakan perjalanan
Kerjaya berjaya tiap kali kau tadah tangan
Doakan aku bawak balik banyak buah tangan
Doakan aku tak pegang buah-buah larangan haa!

Izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia 2 3 kali
Jauh di mata dekat di hati
Bila tiba masa aku kembali
Aku berikrar aku berjanji
Bila tiba masa aku kembali
Teman teman aku menjadi saksi
Bila tiba masa kami kembali

Sampai sana langgar pentas selamba
Mereka suka lagu walaupun tak paham bahasa
Lepas bergambar kita kongsi cerita
Lepas makan negeri dia kami teroka
Lepas tu three kami ke kota seterusnya
Gambar menjadi memori tempat yang sebelumnya
Sambil tunggu masa kami berlawak seloka
Coverline rindu dlm hati yang bergelora
13 jam atas kerusi dalam silinder
Diperbuat keluli, lebih 10 kilometer
Terapung atas bumi aku rindu anjung
Walaupun rumah batu aku tetap gelar kampung

Mama mama doakan selamat sampai
Rindu periuk kamu ayam gulai masak cabai
Saya dah on the way kerja saya dah selesai
Bagi saya tidur kejap sebab mata pun dah hancai!

Izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia 2 3 kali
Jauh di mata dekat di hati
Bila tiba masa aku kembali
Aku berikrar aku berjanji
Bila tiba masa aku kembali
Teman teman aku menjadi saksi
Bila tiba masa kami kembali

Pap pap paadaa, Pap pap paadaa (x4)

[Salsa Bridge]

Izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia 2 3 kali
Jauh di mata dekat di hati
Bila tiba masa aku kembali
Aku berikrar aku berjanji
Bila tiba masa aku kembali
Teman teman aku menjadi saksi
Bila tiba masa kami kembali

“Keliling Dunia” boleh didapati di iTunes dan semua platform digital yang lain. Tontoni muzik video rasmi di laman sesawang Altimet di http://altimet.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments