Wolfe Bowart Tawan Generasi Muda Dengan Teknik Old School

Wolfe Bowart Tawan Generasi Muda Dengan Teknik Old School
Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIAF) mengundang penulis skrip / pelakon pentas Wolfe Bowart dengan skrip terbarunya Letter’s End untuk menarik minat kanak-kanak menerusi kaedah penceritaan “old school” ini.

Dengan cara yang sama seperti LaLaLuna yang dipentaskan sewaktu Festival tahun lalu, Letter’s End merupakan persembahan pentas yang komposisi visual keseluruhannya digabungkan bersama teater badut dan sarkas, ilusi pentas, persembahan boneka, dan komedi fizikal bukan untuk kanak-kanak sahaja malah keseluruhan penonton tanpa mengira usia.

Bowart percaya persembahan secara langsung untuk menambat hati dan menghiburkan kanak-kanak tiada bandingannya. Ini adalah kerana penonton dapat berinteraksi terus dengan artis tersebut.





Dalam Letter’s End, seorang lelaki ditugaskan membakar di dalam relau api pakej dan surat yang tiada tuan atau penerimanya, satu tugas yang dilakukannya dengan teliti, sehingga sebuah anak patung beruang terjatuh dari sebuah bungkusan yang koyak.

Sebuah memori terlintas di fikirannya. Tidak lama kemudian, lelaki itu mula membuka pakej dan surat yang lain, dan seluruh dunia yang mengkagumkan mula terbentang.

Letter’s End adalah kenangan yang tidak boleh dilupakan, penuh dengan kegembiraan dan daya tarikan semulajadi melalui interaksi manusia (dan bukan digital).

Sesuatu yang mungkin kita ambil mudah begitu sahaja disebabkan kini terlalu bergantung kepada teknologi untuk menggalakan perasaan ingin tahu, pengembaraan dan kreativiti kanak-kanak.

Memanfaatkan kuasa imaginasi, Bowart ingin melihat pelbagai emosi daripada penontonnya dan dia merasakan jenaka dan gelak ketawa amat baik untuk jiwa dan rohani.

Tahun lepas, saya membawakan LaLaLuna ke Malaysia dan saya mendapati semua penonton amat menikmati persembahan, bersantai dan bergelak ketawa! Maklum balas selepas persembahan sangat menginspirasikan saya” – Wolfe Bowart.

Oleh itu, janganlah lepaskan peluang untuk menonton penulis skrip yang lucu dan terkenal ini mempersembahkan tayangan perdana Letter’s End di ibukota.

Pada tahun 2010, Letter’s End dicalonkan untuk Helpmann Award®, bersamaan dengan Olivier Awards, dalam kategori “Best Touring Production”.

Tayangan Perdana Letter’s End telah dilangsungkan di Southbank Centre di kota London, iaitu sebahagian daripada “London
International Mime Festival” – sebuah Festival terkemuka bidang seni teater visual kontemporari. Bowart juga telah berlakon bersama ahli-ahli teater tersohor Philippe Genty dan James Thiérrée di Festival Effervescence.

Letter’s End akan dipentaskan di Auditorium DBKL pada 30 September dan 1 Oktober. Untuk maklumat lanjut mengenai tiket Festival, layari www.DiverseCity.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments