Atu dan Fikry Dari Kumpulan King Musang Tersingkir Dari Super Spontan Superstar

2 Ahli Kumpulan King Musang Tersingkir
Kumpulan Tenggiling Taiko berjaya meneruskan momentum persembahan cemerlang mereka untuk minggu ketiga. Kumpulan King Musang juga tidak kurang hebatnya apabila memberi saingan yang cukup sengit.

Ternyata, kekalahan mereka pada minggu sebelumnya berjaya menaikkan semangat mereka untuk memberikan aksi yang terbaik.





Namun, kuasa undian yang terletak sepenuhnya pada tangan penonton memberikan sekali lagi kemenangan kepada kumpulan Tenggiling Taiko.

Ekoran itu, bukan satu tetapi dua ahli kumpulan King Musang iaitu Atu dan Fikry telah diundi keluar dari pentas Super Spontan Superstar sekaligus menyaksikan hanya 5 orang peserta sahaja yang tinggal di dalam kumpulan King Musang.

Manakala, kumpulan Tenggiling Taiko masih utuh dengan kesemua 8 orang ahli kumpulan.

Mampukah kumpulan King Musang mengatur strategi untuk kembali menguasai permainan di minggu keempat ini? Sama-sama kita saksikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments