Aku Bukan Dewa – Hazama feat Altimet

Aku Bukan Dewa - Hazama feat Altimet
Aku Bukan Dewa, Lagu yang mengangkat genre muzik progresif pop rock ini merupakan single kedua Hazama untuk tahun ini selepas ‘Aku Yang Sebenar’ yang dilancarkan pada bulan April lalu.

Single kedua Hazama ‘Aku Bukan Dewa’ ini turut mendapat sentuhan dari Ad Samad selaku penulis lirik dan Taja (Meet Uncle Hussein) & Hazama pula bertindak sebagai komposer.

Istimewanya lagi, Hazama turut bekerjasama dengan penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet dalam menjayakan single ini.





Buah tangan terbaharu daripada Hazama ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan akan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan bermula 29 September 2017.

Muzik video lagu ini pula dijangka bakal menemui peminat dalam jangka masa terdekat ini di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Lagu ‘Aku Bukan Dewa’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments