‘Ceria i-Star 2017’ Jadi Medan Himpunan Bakat Cilik Islamik 3 Negara

Peserta Ceria i-Star 2017
Astro Ceria sekali lagi membawakan sebuah program pencarian bakat cilik Islamik, ‘Ceria i-Star 2017’.

Masih mengekalkan format dan konsep yang sama seperti musim terdahulu, konsert akhir akan bersiaran secara langsung manakala konsert mingguan selama enam minggu merupakan konsert rakaman.

Bintang utama program ini iaitu 11 peserta cilik terdiri daripada tujuh peserta solo dan empat peserta berkumpulan mewakili negara-negara Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.





‘Ceria i-Star 2017’ membuka peluang kepada peserta untuk mempersembahkan bakat dan aksi masing-masing dalam dalam menyampaikan kandungan Islamiah menerusi medium yang komersial dan di atas talian.

Daripada pendakwah muda sehinggalah kepada penyanyi lagu-lagu ketuhanan sehinggalah ‘choral speaking’ dalam Bahasa Arab, ‘Ceria i-Star 2017’ bermatlamat mengangkat mesej Islam dalam cara yang paling menarik dan sedikit santai khususnya dalam menarik minat anak-anak di rumah untuk lebih mendalami konsep agama Islam yang mudah dan indah.

Para peserta dibenarkan untuk berpidato, berlawak, bersketsa, berseloka, bercerita, bertaranum, berceramah, pengucapan awam, bermain alat muzik, berdikir barat dan pelbagai lagi mengikut pada kreativiti masing-masing.

Pentas ‘Ceria i-Star 2017’ akan diceriakan dengan kehadiran tujuh orang peserta solo iaitu Sajjad (11 tahun, Bandung Indonesia), Syifa (8 tahun, Jakarta Indonesia), Rayyan (13 tahun, Kelantan), Hazury (12 tahun, Pahang), Puteri Siti Mahirah (13 tahun, Johor), Ayeen (10 tahun, Kedah), Fikki (14 tahun, Brunei) dan empat peserta berkumpalan iaitu IG (Islamic Girls) dari Kelantan, Madani dari Selangor, U.M.M dari Indonesia dan Malaysia serta Soutul Balad dari Kelantan.

Ianya akan mula bersiaran di kaca televisyen penonton selama satu jam pada setiap hari Sabtu, mulai 7 Oktober 2017, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Program ini turut boleh ditonton di aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments