King Musang Dominasi Carta Super Spontan Superstar 2017

King Musang Dominasi Carta Super Spontan Superstar 2017
Persembahan pembukaan yang cukup melucukan daripada kumpulan Tenggiling Taiko dan King Musang. Ternyata kedua-dua kumpulan telah membuat persiapan yang cukup rapi untuk menghadapi pertempuran pertama lawak spontan bagi musim ini.

Setelah talian undian ditutup, kumpulan King Musang yang mendominasi carta undian sejak awal permainan muncul sebagai juara minggu pertama.

Nasib menyebelahi Tenggiling Taiko apabila tiada penyingkiran pada minggu lalu.





Pastinya, minggu ini Tenggiling Taiko akan melipat gandakan usaha mereka untuk meraih undian penonton.

Jika pada minggu lalu, Amy Mastura daripada kumpulan King Musang mempamerkan corak permainan yang amat baik, adakah minggu ini pemain daripada Tenggiling Taiko berjaya untuk lebih menonjol?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan siaran langsung Super Spontan Superstar 2017 (Minggu Kedua) pada 15 September 2017 (Jumaat), jam 10.00 malam dari Panggung Percubaan, UPM, Serdang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments