Konsert Terunggul Afgan & Ungu Pada 6 Oktober 2017

Konsert Terunggul Afgan & UnguBuat julung kalinya, Popcorn Studio akan membawakan bukan satu, tetapi dua gandingan sensasi genre ‘pop/balada’dan ‘rock/balada’ Indonesia di dalam satu konsert yang pastinya mengegarkan dan ditunggu-tunggu peminat muzik tempatan.

Konsert Terunggul Afgan & Ungu akan diadakan pada 6 Oktober 2017 (Jumaat), pukul 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bakal menampilkan Afgansyah Reza atau Afgan sebagai bintang utama dan kumpulan Ungu sebagai pembuka tirai.

Kali ini dan berbeza dengan konsert sebelum ini, Afgan akan membuai perasaan peminat dengan persembahan melalui seleksi lagu-lagu hits miliknya selain rantaian lagu popular masa kini.

Konsert bertemakan rock dan jazz balada dijangka mengambil masa dua (2) jam akan menyenaraikan lagu-lagu terkenal Afgan seperti Terima Kasih Cinta, Padamu Ku Bersujud, Jodoh Pasti Bertemu, Katakan Tidak, Untukmu Aku Bertahan dan lain-lain termasuk Pesan Cinta dan Bukan Cinta Biasa yang melodinya digubah semula.

Tidak dilupakan persembahan Kumpulan Ungu yang pastinya akan mencipta mood ‘cinta’ pada pembukaan tirai konsert dengan alunan lagu-lagu rock balada popular mereka seperti Tercipta Untukku, Demi Waktu, Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hari dan Aku Tahu.

Tiket konsert dijual pada harga RM130 (Bronze), RM150 (Silver), RM200 (Gold), RM200 (Rock Zone), RM250 (VIP) dan RM350 (Platinum) boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my dan diskaun sebanyak 20% ditawarkan sehingga 31 Ogos 2017 kepada pembeli terawal tiket Platinumdan VIP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments