Noh Salleh | Angin Kencang Road Tour 2017

Noh Hujan Road Tour 2017Berakhirlah sudah jelajah Road Tour Noh Salleh di empat lokasi bagi mempromosikan album Angin Kencang iaitu di Pasar Karat, Johor Bharu, Menara Taming Sari, Melaka, Khedai Khopi Shocka, Penang dan Gerbang Malam, Ipoh.

Ternyata keempat-empat lokasi yang dilawati Noh Salleh telah mendapat sambutan diluar jangkaan di mana setiap lokasi dibanjiri oleh ramai penonton dan peminatnya.

Road Tour 2017 Noh Salleh tidak akan berjaya sekiranya tanpa sokongan dari RedBull Malaysia yang telah menyediakan kenderaan pacuan 4 roda yang dilengkapi dengan sistem bunyi yang canggih.

Memilih lokasi sebegini kerana, ia membuatkan diri Noh Salleh lebih dekat dengan para peminat dan mereka beramai-ramai dapat menonton dan menyaksikan persembahan beliau secara LIVE dan santai.

Bukan sahaja persembahan yang disajikan malah sesi meet and greet juga telah dilakukan kepada para peminatnya yang membeli album baru beliau berjudul ‘Angin Kencang’.





Album baru ini memuatkan enam lagu repackaged dan tiga lagu baru iaitu ‘Sarawak’, ‘Mr.Polia’ dan ‘Renjana’. Konsep bagi album ini menjurus ke arah irama pop retro telah dipilih oleh Noh Salleh kerana ini adalah suatu sisi muzik Noh yang mungkin hanya dapat direalisasikan secara solo dan ia juga antara sebuah pengembaraan musikal Noh Salleh dan seratus peratus atas dasar kepuasan dirinya sendiri sebagai seorang insan seni.

Malah, album ini juga mendapat sambutan yang baik bukan sahaja di Malaysia namun juga di Indonesia, kerana permintaan yang tinggi oleh peminat-peminat beliau di sana yang mengagumi serta lebih menghargai hasil karya Noh Salleh yang sedemikian rupa.

Teristimewa buat peminat setia Noh Salleh, album ‘Angin Kencang’ edaran Warner Music (M) ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Yonder Music serta KKBox.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments