16 Peserta Super Spontan Superstar 2017 Dengan Tema Gengster & Mafia

Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2017
Program realiti Super Spontan Superstar 2017 kini kembali dengan menampilkan 16 orang ‘gengster & mafia’ yang juga merupakan pelawak serta selebriti terkenal tanah air.

Ia akan dipancarkan secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang pada setiap Jumaat, bermula 8 September ini, jam 10.00 malam selama 8 minggu berturut-turut.

Pertemuan kesemua ‘gengster & mafia’ tersebut boleh disaksikan di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan di platform digital iaitu menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.





Bagi penganjuran musim ini, kesemua pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama iaitu kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ diketuai oleh Achey dan turut dianggotai oleh Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn.

Kumpulan yang kedua pula iaitu kumpulan ‘King Musang’ juga terdiri daripada barisan pemain yang bukan calang-calang. Diketuai oleh Shuib, ‘King Musang’ dianggotai oleh Syuk Joras, Atu Zero, Fikry, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin.

Seperti penganjuran musim-musim sudah, Super Spontan Superstar 2017 masih meneruskan konsep ‘berhibur sambil beramal’ apabila pada setiap episod, juara mingguan akan mendermakan sejumlah RM5,000.00 kepada badan-badan kebajikan terpilih.

Bagi siaran minggu pertama, penonton turut boleh menonton di Astro Prima (saluran 105), Maya HD (saluran 135) dan laman sesawang Portal Rasmi, ‘Gempak’ – www.gempak.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments