Warner Music Mall Tour 2017 Bakal Gegarkan Pasaraya

Warner Music Mall Tour 2017Warner Music Malaysia akan menganjurkan ‘Warner Music Mall Tour’ 2017 pada September dan Oktober ini di 4 lokasi pasaraya di Lembah Klang.

Antara artis yang terlibat seperti Aziz Harun, Nastia, Payslip, Cassidy, Bella Nazari, Dewi Seriestha, Tysha Tiar dan Andi Bernadee.

Mereka bakal menggegarkan MYDIN USJ, Subang Jaya pada hari Ahad 17 September 2017, bagi lokasi pertama mall tour tersebut.

Bagi warga lembah Klang, marilah beramai-ramai turun ke MYDIN USJ Subang Jaya bagi memeriahkan lagi majlis
ini.

Bukan sahaja persembahan yang akan diadakan malah mereka juga berpeluang untuk sesi ‘meet & greet’ bersama para artis kegemaran atau pilihan masing-masing di setiap lokasi.





Jadi anda di luar sana jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu dan menyaksikan persembahan mereka mulai jam 3 petang pada Ahad ini bersamaan 17 September 2017!

Lokasi Mall Tour Warner Music akan bermula pada:

  • 17 September 2017 – MYDIN USJ, SUBANG JAYA
  • 23 September 2017 – GM KLANG, KLANG
  • 24 September 2017 – SB MALL, (SUNGAI BULOH MALL)
  • 7 October 2017 – IOI CITY MALL, PUTRAJAYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments