Abang Long Fadil 2 Catat Sejarah Box Office Malaysia Dengan Kutipan RM17.9 Juta

Abang Long Fadil 2
Filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) telah mencatat sejarah terbaru dalam dunia perfileman Malaysia apabila berjaya meraih kutipan RM17.9 juta dalam tempoh 39 hari.

Ini sekaligus filem terbitan Astro Shaw dan Skop Productions ini menjadi filem tempatan nombor satu paling laris di Malaysia masa kini.

Sebelum ini, filem dengan rekod kutipan tiket paling tinggi pernah dipegang oleh filem ‘Polis Evo’ dengan kutipan RM17.8 juta pada tahun 2015 serta filem ‘The Journey’ dengan kutipan RM17.28 juta pada tahun 2014. Kedua-dua filem ini juga merupakan filem terbitan Astro Shaw.

Menariknya, filem ini telah ditayangkan sejak 24 Ogos yang lalu dan ia masih ditayangkan di 77 pawagam
tanah air sehingga ke hari ini.





Filem ALF2 yang diarahkan oleh Syafiq Yusof ini membariskan pelakon hebat tanah air seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato’ AC Mizal, Wak Doyok, Achey (Bocey), Shuib (Sepahtu), Tania Hudson, A Galak, Mas Khan dan ramai lagi.

Baca : Review Filem Abang Long Fadil 2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments