Cheek-e’s Buddies Kini Merupakan Maskot Rasmi Astro Ceria

Cheek-e’s Buddies Maskot Rasmi Astro Ceria
Kehadiran empat maskot baharu iaitu ‘Ivy’, ‘Teeny’, ‘Tydee’ dan ‘Zanee’, menemani ‘Cheek-e’, sekaligus melengkapkan barisan maskot rasmi Astro Ceria.

Bermula pada hari ini, secara rasminya penonton dapat melihat penampilan kelima-lima maskot tersebut secara eksklusif di saluran yang didedikasikan khas untuk kanak-kanak, Astro Ceria (saluran 611).

Menggelarkan diri mereka “Cheek-e’s Buddies”, kehadiran ‘Cheek-e’ dan rakan-rakannya ini turut menjadi simbol kebanggaan kepada saluran Astro Ceria yang telah menghiasi dunia kanak-kanak lebih dari sepuluh tahun ini.





Projek pencarian kawan-kawan ‘Cheek-e’ telah diadakan menerusi ‘Pertandingan Cipta Kawan Cheek-e!’ yang berlangsung dari 8 hingga 21 Mei 2017

Empat orang pencipta kawan-kawan ‘Cheek-e’ merangkap pemenang tempat pertama pertandingan tersebut ialah Song Joe Han, 12, pelajar dari SJK (C) Kwang Hwa Sungai Nibong yang mencipta maskot ‘Ivy’, Nurul Hannah Najihah Mohamad Kamal, 12, dari SK Taman Mutiara Rini (Kluster Kecemerlangan) yang mencipta maskot ‘Teeny’, Lim Jing Xiang, 12, dari SJK (C) Kwang Hwa Sungai Nibong yang mencipta maskot ‘Tydee’ dan Wan Mohamad Khairul Asyraf Wan Ahmad, 13, dari SMK Sultan Ibrahim Satu yang mencipta maskot ‘Zanee’.

Setiap daripada mereka membawa pulang hadiah utama, Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S-Pen 16GB LTE Original dan sijil penghargaan.

Susulan daripada pengenalan “Cheek-e’s Buddies” ini, kini di fasa kedua, pihak Astro Ceria akan menganjurkan pula sebuah pertandingan tarian, ‘Jom Menari Bersama Cheek-e’s Buddies!’ yang akan berlangsung mulai 3 hingga 31 Oktober 2017 dan terbuka buat semua rakyat Malaysia berumur 4 hingga 12 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments