King Musang Terima Tamparan Hebat Gagal Raih Undian Penonton

Selepas berada di kedudukan tercorot selama dua minggu berturut-turut (minggu kedua dan ketiga), kumpulan King Musang terus menerima tamparan hebat di minggu keempat apabila kumpulan yang diketuai oleh Shuib itu terus gagal meraih majoriti undian penonton.

Walaupun begitu, persembahan yang dipamerkan berjaya memberi saingan hebat kepada kumpulan Tenggiling Taiko dan mendapat pujian daripada komentator Datuk Afdlin Shauki serta komentator jemputan, Datuk Hans Isaac.




Nasib Malang Buat Shira, Terima Penyingkiran Berganda

Nasib Malang Berganda Buat Shira
Ibarat jatuh ditimpa tangga, minggu keempat menyaksikan penyingkiran berganda buat Shira.

Bukan sahaja beliau telah diundi keluar oleh ahli kumpulannya sendiri iaitu Tenggiling Taiko untuk dihantar menyertai King Musang, di akhir permainan beliau telah sekali lagi diundi keluar oleh ahli kumpulan barunya, King Musang, untuk meninggalkan pentas Super Spontan Superstar 2017.

Di minggu kelima ini, pentas Super Spontan Superstar 2017 akan menerima kehadiran dua selebriti tanah air yang sering menggeletek hati penonton dengan lagak mereka yang bersahaja iaitu Ray Era fm dan Jaa Suzuran.

Adakah kehadiran mereka bakal mengubah nasib King Musang? Mampukah mereka membantu mempertahankan kemenangan Tenggiling Taiko?

Sama-sama kita saksikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments