Sepahtu Reunion Live Kini Kembali Untuk Musim Kedua

Sepahtu Reunion Live Musim Kedua
Sepahtu Reunion Live kini kembali di musim kedua!

Mula menemui peminat lawak tempatan pada penghujung tahun lalu, sambutan yang diterima oleh rancangan ini sangat hebat, menjadikan rancangan yang dikendalikan oleh Shuib, Rahim, Jep dan Ilya (Pak Ya) ini merupakan antara rancangan komedi terbaik di Astro Warna, saluran komedi nombor satu negara.

Sepahtu Reunion Live merupakan sebuah rancangan berkonsepkan sitkom komedi pertama di Malaysia yang disiarkan secara langsung.

Setiap minggu, keempat-empat tonggak utama rancangan ini akan menerima tetamu undangan yang bukan calang-calang untuk menyokong dan memeriahkan persembahan sitkom komedi mereka. Menarik lagi, segala pergerakkan dan dialog yang dilontarkan dalam rancangan ini dilakukan secara spontan berdasarkan pada topik pada minggu tersebut.





Untuk minggu pertama pada musim ini, persembahan sitkom komedi Sepahtu Reunion Live berkisar mengenai topik ‘Pahlawan’.

Jika musim terdahulu, antara nama-nama besar yang memeriahkan pentas Sepahtu Reunion termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Vida, Erra Fazira, Maya Karin, Izara Aishah, Maria Farida dan ramai lagi.

Siapa pula tetamu undangan yang akan menghangatkan pentas Sepahtu Reunion Live pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan.

Sepahtu Reunion Live (Minggu Pertama) akan bermula pada 3 November 2017 (Jumaat), jam 10.00 malam yang dipancarkan secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments