Tenggiling Taiko Tewas, Rahim Tersingkir dari Super Spontan Superstar 2017

Tenggiling Taiko Tewas Lagi, Rahim Tersingkir Keluar
Carta undian pada minggu lalu sekali lagi memihak pada kumpulan King Musang sekaligus menyaksikan pelawak otai, Rahim dari kumpulan Tenggiling Taiko meninggalkan pentas Super Spontan Superstar 2017.

Penyingkiran yang cukup mengejutkan lantaran Rahim merupakan antara pemain yang seringkali mempamerkan aksi lawak spontan yang cukup melucukan.

Namun, itulah adat permainan dan percaturan yang dibuat oleh kumpulan Tenggiling Taiko.

Kini, bilangan pemain dalam kedua-dua kumpulan kembali seimbang dengan lima orang ahli bagi setiap kumpulan.





Tenggiling Taiko dianggotai oleh Achey, Ozlynn Sharif, Shahrol dan Mamak manakala kumpulan King Musang pula dianggotai oleh Shuib, Syuk, Fad, Kamal Adli dan Amy Mastura.

Memasuki minggu separuh akhir, saingan untuk merebut gelaran ‘Juara’ dan RM100,000.00 semakin sengit.

Pastinya, pertempuran hebat akan dapat kita saksikan pada Jumaat ini. Siapakah yang berjaya menempah nama ke pentas akhir? Sama-sama kita saksikan.

Jom sama-sama kita saksikan Siaran Langsung Super Spontan Superstar 2017 (Minggu Ketujuh- Minggu Separuh Akhir) pada 20 Oktober 2017 (Jumaat) yang dipancarkan dari Panggung Percubaan, UPM, Serdang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments